6/21/2010

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #2


Assalamualaikum semua. hari ni nak sambung lawatan aku ke Sarawak Bumi Kenyalang. kali ini kita ke Sarawak Cultural Village atau Kampung Budaya Sarawak. Kampung Budaya Sarawak dibina untuk mempamerkan cara hidup masyarakat Sarawak yang terdiri dari pelbagai suku kaum. disini terdapat 7 buah rumah mengikut kaum yang mengelilingi sebuah tasik buatan. tasik buatan ini melambangkan kecenderungan orang Sarawak untuk mendiami kawasan sungai atau tepian pantai. Ia terletak di kaki Gunung Santubong, yang berhadapan dengan Laut China Selatan.


the man-made lake


kalau nak masuk kawasan neh, kene ade passport. hehe, passport ni hanya sebagai tanda yang kita dah lawat sesebuah rumah tu. 



ini hanya sugarcane crusher ngan rumah padi. masa dulu tak ade gula lagi, so deorang buat peralatan ni untuk dapatkan manisan. lenyek2 tebu, lepas tu takung air kat takungan bawah. padi hut plak tempat deorang simpan beras. huhhu



sekarang kita dah sampai ke rumah orang Bidayuh. 8.4% rakyat Sarawak adalah orang Bidayuh. kebanyakan mereka terdiri dari Jagoi, Biatah, Bukar-Sadong, dan Lara. dulu2 orang Eropah gelarkan deorang "Land Dayaks".

"..they live in the steep limestone mountains near the watershed between West Sarawak in what was then Dutch Borneo"

gambar no 1 tu dia tengah demonstrate buang kulit beras. dia suruh aku asingkan kulit ngan beras, tapi aku gagal. malu sungguh =.=' aku sebagai wakil orang bandar. hehe. gambar no 2 tu antara peralatan yang ada kat dalam rumah orang Bidayuh. yang no 3 tu gambar rumah orang Bidayuh. biasa lah rumah panjang. cuma yang replika ni je tak cukup panjang.



yang ni aku tak pasti ape namenye, tapi ini kira macam menara untuk orang Bidayuh berkumpul la. biasanya pahlawan-pahlawan Bidayuh yang akan berkumpul dan berjaga disini. nampak tak tingkap tu, yang tu la tempat lelaki-lelaki berkawal. kat dalam, kat tengah-tengah bangunan ni ada tengkorak yang diasapkan. ia adalah tengkorak sebenar yang mana selepas mereka berperang, mereka akan membawa pulang kepala pihak lawan, sebagai lambang kemegahan atau kelelakian. sekiranya mereka didapati membawa pulang kepala dari suku kaum sendiri, kepalanya juga akan dipenggal.

*aku rasa aku ade amek banyak gambar dalam bangunan ni, tapi tak tahu nape bile check balik dah tak ader. ayooook.





setiap rumah akan menyambut kita dengan gembiranya. jom tengok tarian kat bawah neh~



mungkin sampai sini kot. untuk lain2 rumah, aku akan update lain kali okay~ bubbye


signature2

4 COMMENT on "Cuti-cuti Malaysia Sarawak #2"

rutikeben on June 21, 2010 at 2:20 PM said...

kampung budaya,,paling best kt cni bila last skali,kita tengok persembahan..siap sedia kene kacau mamat bawak sumpit..hahah

HUDA on June 21, 2010 at 2:35 PM said...

eh eh.tunggu~ nanti akan diceritakan pada next episode. nak cerita kat sini tapi macam panjang sangat. hehehehe

Eka Yucika on June 21, 2010 at 6:21 PM said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

HUDA on June 21, 2010 at 10:38 PM said...

hehe..memang best~ 4 hari tu pon tak cukup sbnrnye~ huhu

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez