5/11/2010

PESANAN BUAT WANITA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 

"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya
mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya
dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang
nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu
dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).
Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher
(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada
memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada
suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak
suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak
saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba
sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi
tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya
pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai
keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum
mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah
mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya
yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang
menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai
kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t,
Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31) 


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman
untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi
kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepada mereka)? Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi
kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati
mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka)
dan banyak di antaranya orang-orang fasik.
(surah Al-Hadid ayat 16) 

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira
dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup
aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang
sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat
masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang
tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka
menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka.
Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi
kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman
Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama. 

Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi
seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin
mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan
agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita
bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan
iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang
biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan".


Seruan apa yang  ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka
tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14
abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi? 


Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada
orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus
gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana
segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang
beriman sahaja. 

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah
kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan
Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita
ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t.
telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya
dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa
masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain
putih sebelum kita sempat menutup aurat. 

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum
terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan
sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t.
dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala
kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat
menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.  

renung2kan dan selamat beramal~

myself

7 COMMENT on "PESANAN BUAT WANITA"

ilyani on May 11, 2010 at 7:08 PM said...

thanks for sharing.

btw arrived from GB :)

Miss Izah Mohamed on May 11, 2010 at 7:21 PM said...

thanks for the info... :)

Aidi-Safuan on May 11, 2010 at 8:54 PM said...

wah, sampai begitu sekali iman orang muhajirin dan ansar pada masa tuh erk? turun jer wahyu teros capai something untuk tutup aurat mereka. kalau lah umat masa kini dipertontonkan secebis keimanan umat terdahulu, mesti ramai yang tertunduk malu dan segan akan diri masing-masing. hurm...

miss lolly a.k.a luvfareda on May 11, 2010 at 11:41 PM said...

nice entry :-)

Huda on May 12, 2010 at 6:59 AM said...

*welcome semua~

Adi; same2lah kite ingat mengingati eks~ yang menulis ni pon belum tercapai tahap macam orang muhajirin dan ansar tu. huhuhu

aleen adela akoo ^_* on May 12, 2010 at 11:50 AM said...

time kaseh sbb mengingatkan aku yg alpa neh.huhuh

md nasir on May 12, 2010 at 1:29 PM said...

Barat mengatakan Islam menindas kaum wanita dengan pelbagai sekatan (aurat) seolah-olah melebihi norma kehidupan manusia.
Tetapi mereka lupa atau mungkin pura-pura lupa kerana menjaga ego bahawa sekatan-sekatan ini sebenarnya membawa makna Islam amat menghargai wanita dan mereka diletakkan di tempat yang cukup tinggi darjatnya.
Suara yang lunak,tubuh yang sempurna dan rambut yang mengurai bukan untuk ditanyang dan dimegah-megahkan kepada umum.Jika ditayang dan didedahkan,tiada lagi 'hak ekslusif' untuk si suami dan anak-anak.
Segala kecantikkan yang dimiliki oleh wanita bukanlah hak mutlak tuan punya badan,tapi ianya adalah hak Allah yang perlu dijaga dan dipelihara.
-artikel yang menarik.. n_n-

http://www.stormreaders.net/mNasir

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez