5/17/2010

Istidraj


Asslamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.

"kenapa kadang kala kita lihat seseorang itu sentiasa dapat kegembiraan seperti naik pangkat, murah rezeki, kebahagiaan, dsg sedangkan dia sentiasa melakukan kemungkaran?"

pernah tak persoalan ni timbul dalam fikiran kita? sebenarnya, kadang kala Allah menganugerahkan sesuatu kepada hambanya bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu, tetapi kerana Allah nak uji sejauh mana keikhlasan seseorang itu. Adakah hambanya itu akan menyedari betapa pemurahnya Allah SWT dengannya. maka dia sepatutnya sentiasa bersyukur atas rahmat yang diberikan.

"kenapa bila kita berkali2 berdoa, tapi belum pernah tercapai?"

Itu tandanya Allah sayangkan kita. Allah tahu, kalau hajat yang kita pinta tu lambat sampai, kita akan terus berdoa dan mengingatiNya. Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. jika kita sekali berdoa dan terus dapat, kemungkinan besar kita akan taksub dan alpa.

 "apakah istidraj itu?"

istidraj ialah pemberian nikmat Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT"
(diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

maka, sebagai manusia yang beriman janganlah sesekali kita berputus asa terhadap Allah SWT. ikutilah jejak Rasulullah SAW dan berpeganglah kepada Agama Islam.

"apakah kamu takut mati?"

"alah, orang lain pun mati juga. kalau masuk neraka pon ramai2"

tak kisah? betapa sombong dan takburnya mereka. Rasulullah SAW naik ke langit bertemu Allah SWT pun tak sombong. sebesar-besar pangkat Nabi Sulaiman sehinggakan semua makhluk dimuka bumi tunduk di bawah perintahnya, secantik-cantik Nabi Yusof AS dan semerdu suara Nabi Daud AS, mereka tidak pernah sombong dan tetap tunduk dan sujud menyembah Allah SWT.

peringatan ini pun untuk diri sendiri. kita hanya insan yang kerdil disisi Allah SWT. bukan harta atau pangkat, tapi hanya amal ibadah sahaja yg membezakan kita.

wallahu'alam bissawab. renung2kan dan selamat beramal~
myself

3 COMMENT on "Istidraj"

HaiRoZa ErNy on May 17, 2010 at 10:44 AM said...

sangat insaf..serius...~ T_T

hans on May 17, 2010 at 11:10 AM said...

nice entry
thumbs up untuk kamu

p/s : jangan lupa mengikuti episod ke-7 siri Antara Dia, Kau Dan Aku hanya di www.hanspunyablog.blogspot.com

Huda on May 17, 2010 at 7:09 PM said...

Eny; same2lah kite renungkan :)

hans; just share info :)

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez