5/18/2010

Istidraj #2


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. mari kita sambung perkara berkaitan dengan istidraj.


"siapakah manusia istidraj?"

dia adalah manusia yang lupa daratan. walaupun menderhaka, dia berasa Allah menyayanginya. mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"dia tu siang malam ke masjid. basikal pon tak mampu beli. aku neh ke kelab malam pon dgn kete mewah. tak payah beribadat pon rezeki datang mencurah2. kalau dia tu sikit ibadat mesti kaya cam aku"

sombong. sebenarnya harta yang mencurah2 itulah yang menghancurkannya. Rasulullah SAW bersabda:

"apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan 2 sayapnya
(kitab Nasaibulae Ibad)
Anai-anai jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap-rayap di celah daun. tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikannya sayap. apabila sudah bersayap, ia menjadi kelkatu. setelah mendapat nikmat (sayap), ia cuba melawan api. begitu juga manusia"

buktinya, Namrud. dia cuba membakar Nabi Ibrahim AS. kerana sombongya dia dengan Allah, akhirnya menemui ajal disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. anak kunci gudang hartanya sahaja memerlukan 40 ekor unta untuk membawanya. akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya akibat terlalu takbur.

tapi, jangan pula kita kata orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah itu istidraj. orang naik pangkat, istidraj. orang gaji besar, istidraj. JANGAN! orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah bukan istidraj. dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. tujuan hidup kita adalah mencari redha Ilahi.

"bagaimana cara menentukan nikmat yang diredhai Allah?"

bersyukurlah atas nikmat yang diberikan. gunakan pemberian ke jalan kebaikan, sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita dunia dan akhirat.

wallahu'alam bissawab. renung2kan dan selamat beramal~
myself

8 COMMENT on "Istidraj #2"

Sharinginfoz on May 18, 2010 at 8:43 AM said...

mintak dijauhkan benda2 macam ni kan...

Malu Bawa BMW

Aidi-Safuan on May 18, 2010 at 9:50 PM said...

kenapa ada manusia istidraj? :)

Huda on May 19, 2010 at 7:03 AM said...

Sharinginfoz; yups..harap2 la tak termasuk dlm golongan tu

Aidi; bila seseorang itu mula sombong dan angkuh dgn nikmat yg Allah bagi :)

HaiRoZa ErNy on May 19, 2010 at 10:17 AM said...

Ya Allah..mintak dijauhkan drpd tergolong dlm golongan ni..bior la x kaye sangat sbb takutnye kalo nnt lupe diri..sederhana tu ok kan..kan kan...~

jane on May 19, 2010 at 1:52 PM said...

maseh ustzah..nice thought;)

wi3~

hahahahaa aleen jom pi masjid!

Huda on May 19, 2010 at 5:05 PM said...

eny; yups~! tp jgn nak mintak jadi miskin plak :P

jane + aleen! korang neh kalo tak buli aku tak sah eks~ isk2

HaiRoZa ErNy on May 21, 2010 at 10:48 AM said...

xnak miskin..xnak miskin...nak beli brg ssh..hahahaha..de hati gak lagi tu...~

Huda on May 21, 2010 at 4:33 PM said...

hehe~ ade hati takper, jgn terlampau suda..hihihi

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez