5/02/2010

google search and 10 tricks


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)


hari ini saya ingin membincangkan tentang enjin carian Google yang lebih efektif lah kirenye.


walaupun aku tahu ramai kat luar sane yang dah tahu, tapi dengan tiupan semangat hidup untuk memberi aku tetap bersemangat waja campro nak bagi tahu. hehehehe


pertama


gunakan operator "site:" untuk menghadkan pencarian dalam laman tertentu
contohnya, anda mahu mencari "hidup untuk memberi" dalam blog ini. cuba gunakan cara ini - hidup untuk memberi site: hudamcgyver.blogspot.com .


kedua


gunakan Google untuk menyemak ejaan
kadang-kadang kita tak pasti adakah ejaan untuk sesuatu perkataan tu betul atau salah. selain daripada membelek kamus, kita boleh menggunakan applikasi Google sebaiknya. kalau salah eja, Google akan berikan perkataan lain sebagai cadangan. contoh taip perkataan clairvoyant dengan cara yang salah. clervoyant lihat! terbukti. hehehe. oh ye, kalau kita nak cari maksud sesuatu perkataan, kita juga boleh gunakan operator "define". contoh define: clairvoyant


ketiga


Google adalah kalkulator
macam biasa, taipkan sahaja nombor yang kita nak kira seperti (2000*(500(40)/150)+9)/5 hanya dalam beberapa saat anda akan dapat hasilnya.


keempat


nak tahu masa bagi tempat seluruh dunia
agak-agak nak telefon ke nak chat ke dengan seseorang yang ade kat luar negara, kita boleh tengok waktu tu sesuai ke tak. maka kita guna perkataan time sebagai keyword. contoh time Egypt.


kelima


menukar nilai matawang
ni untuk orang-orang yang nak pergi ke luar negara. mesti nak tahu beza nilai matawang negara kita dgn negara tersebut kan. senang nak bajet. contoh 1 ringgit malaysia in dollars


keenam


menggunakan operator OR
yang ni plak kalau kita nak cari satu topik, tapi tak pasti betul ke keyword yang Google akan bagi tu. jadi kita guna OR beserta site. contohnya GT OR Gadis Terbilang site:www.gengblogger.com. eheh, tetibe dah promot GT kat sini. xmengape kan.


ketujuh


mencari sesuatu dengan lebih spesifik dengan menggunakan "-"
kalau amek kita nak tahu pasal UTM, tapi khusus kat Fakulti Kejuruteraan Elektrik sahaja. kita boleh gunakan cara ni "UTM" - Fakulti Kejuruteraan Elektrik.


kelapan


mencari hanya format fail tertentu dengan filetype
katakan kita mahu sesuatu maklumat dalam 1 jenis format sahaja. mari cari trisomy filetype:pdf


kesembilan


menggunakan ... untuk range
katakan kita mahu mencari maklumat tentang sesuatu, tapi dalam tahun tertentu. contoh Mahathir 1981 ... 2003


kesepuluh


kod kawasan
kot-kot ade miskol nombor tak kenal kan, kita leh Google gak. contohnye taip 202
tapi yang neh, cam tak semua kot dapat. hehe


okeyhlah. itu sahaja dari saya. bukan saya punya idea, tapi diambil dari sini


renung2kan dan selamat beramal. bye2~
myself

9 COMMENT on "google search and 10 tricks"

aleen adela akoo ^_* on May 2, 2010 at 11:03 AM said...

omak aih...xde lagi kechik ke tulisan dek?huhuh

Huda on May 2, 2010 at 2:03 PM said...

aku dah besarkan. amacam?
hehehe

ARC™ on May 2, 2010 at 2:43 PM said...

good 1. ade org tataw ke? XD

Syida Shukor on May 2, 2010 at 4:46 PM said...

macam pernah baca (:

Huda on May 2, 2010 at 4:57 PM said...

hehe.yang menulis neh la tak taw. ekekeke.*kantoi*

ARC™ on May 3, 2010 at 2:46 AM said...

perghhh camne highlight komen penulis ni? ajar sketttt

Huda on May 3, 2010 at 7:00 AM said...

erkkk! otai blogger mintak aku ajar?

errr...nanti ku korek2 balik cenggane eks~

hehehehe

ika on May 3, 2010 at 2:39 PM said...

telah beramal. haha. macam mana tu? :)

Huda on May 4, 2010 at 6:23 AM said...

baguslah
hehehe :)

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez