5/21/2010

Beruntungnya Umat Nabi Muhammad SAW


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. sedarkah kita semua bahawa umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang paling bertuah, bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak? mari kita renungkan kisah berikut;

Tatkala Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang indah, Allah menciptakan pula baginya 600 pasang sayap yang panjang, sayap itu antara timur an barat. (ada pendapat yang menyatakan 124, 000 sayap) Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud

"tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu. akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: 

"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:


"Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail As dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail AS selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan"

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.

Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.

Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.



Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

wallahualam bissawab. renung2kan dan selamat beramal~
myself

8 COMMENT on "Beruntungnya Umat Nabi Muhammad SAW"

surihati_ku on May 21, 2010 at 10:12 AM said...

salam sahabat..
satu kisah yang amat menarik sekali.tersa begitu kerdilnya diku ini..

norsyazwani on May 21, 2010 at 12:38 PM said...

it might be nice if you note where did you take this sources. might helpful for those who want to refer this story. it might be in riwayat, hadis or even any ayat alquran. ^_^

HaiRoZa ErNy on May 21, 2010 at 12:40 PM said...

bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad..semoga sentiasa mendapat keRedhaan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat Nya..aminn~

Huda on May 21, 2010 at 4:20 PM said...

surihati_ku; kita sbg manusia mmg xkan terlepas dari dosa. cuma kene pandai jaga diri lah. :)

wani; alamak, yang ni dapat kat emel. so forward kat cni jer. heheehe. ape2pon tenkiu 4 da advice :)

eny; Amin~ dan semoga kita mendapat syafaat di hari akhirat nanti :)

Aidi-Safuan on May 21, 2010 at 4:25 PM said...

subhanallah. kalau tuh pon manusia akhir zaman nih tak bersyukur gak tak tau la... :D

akira sendoh on May 21, 2010 at 8:09 PM said...

entry bagus2 la..akira suker sgt baca..keep it up!!..:D

akira sendoh on May 21, 2010 at 8:09 PM said...

betul...suka ar huda nyer header tuh..:D

Huda on May 21, 2010 at 8:24 PM said...

Aidi; sebab tu kita kene sentiasa beringat. kita neh hamba jer :D

akira; blog neh template jer. tak reti buat sendiri. huhu

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez