5/22/2010

Antara anjing dan bukan mahrammu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. hari ni aku nak share satu kisah perbualan antara anjing ngan lembu (uiks, macam mane eks rupe mereka berbual? bace ajelah~ huhu. semoga ia menjadi pengajaran bersama)


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?


ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?


ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!"

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu


ANJING : Kalau aku najis sekali pon , kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.


ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

##############################################
Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing  bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Zumar: 9)

##############################################
Kesimpulan:

Lebih baik pegang anjing daripada pegang orang yang bukan mahram. sentuh anjing boleh disamak tapi sentuh orang bukan mahram. mandi wajib pun x leh nak menyucikan.

renung2kan dan selamat beribadah~
myself

8 COMMENT on "Antara anjing dan bukan mahrammu"

amar haziq on May 22, 2010 at 10:41 PM said...

salam ziarah kak..

jenguk2 lah blog saya;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Aidi-Safuan on May 23, 2010 at 3:16 AM said...

haha... nasib baik single. so xde nafsu kat gadis2. :)

Huda on May 23, 2010 at 7:09 AM said...

single tak single. eh, biar betul ko xde nafsu kat gadis? errrrrr :P

mrsdjones on May 23, 2010 at 5:32 PM said...

Good post! Saya stuju betul. Tak faham kenapa Melayu yg Islam pandang jijik sgt kat anjing2. Padahal boleh bela anjing untuk uruskan tanah ladang atau jd penjaga rumah. Anjing cuma najis, boleh disamak untuk beribadah.

Ada yang suka hati tangkap dan siksa anjing2. Sungguh tak faham.

ila-ali on May 23, 2010 at 5:59 PM said...

sy sgt setuju dgn artikel ini...

Huda on May 24, 2010 at 9:45 AM said...

mrsdjones; mind setting yg sempit kot. deorang pk binatang tu haram dipegang so deorang pk binatang tu jijik. hurm~

tengs ila-ali. bukan sy punya idea la tapi. just forward2 jer :)

HaiRoZa ErNy on May 24, 2010 at 9:54 AM said...

btol3..anjing pon makhluk yang diciptakan Tuhan..x baik jijik ngan dia..lebih baik kite jijik dgn diri yang selalu berdose..Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk umat Muhammad..harapnye kite tergolong dlm golongan org yang mndpt rahmat Allah~

Huda on May 24, 2010 at 1:58 PM said...

InsyaAllah :)

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez