2/25/2010

mari bernasyid


yea..aku tak menipu di sini okay~ nasyid ni ustazah aku ajar masa kitorang darjah 6. tapi tak pernah lah dengar lagu ni kat radio pulak.. (dah asek buka fly fm, hot fm, mana nak dengar lagu cenggini Huda ooooi~)
okeyh, lets cekidout + menghayatinya.




WAHAI PUTERI

wahai puteri lihat nun di sana
Islam mu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu
tertunggu-tunggu mujahid baru

kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi rijaludin sejati
wahai puteri khidmatmu dinanti

ummah derita engkau pengubatnya
kelembutanmu penawar sengsara
engkau penyeri Islam dan tamannya
tanganmu bakal menggoncang dunia

namun lihat puteri ilmu perlu dicari
buat bekalan masa depan mu nanti
pembimbing diri dari taghut dibenci
tuntutlah seikhlas hati

wahai puteri kau muslimah sejati
teguhkan iman taqwa mu dihati
taqarubillah takhta peribadi
amalmu menjadi bukti

sabarmu dikagumi pasrah pada Ilahi
redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati
usah ditangisi takdir yang sudah pasti
pengorbananmu kan di sanjungi

puteri solehah mujahidah ansarullah
berbekal iman taqwa sabar dan redha
berilmu beramal berkhidmad berjuang
berkorban agar Islam kan gemilang

bersama puteri Islam takkan sepi
subur disirami harum mewangi
wahai puteri kau muslimah sejati



amacam.. pernah dengar tak? kalu tak pernah dengar, boleh request untuk aku nyanyikan.

takde sape nak dengar... takpelah..huwaaaaaaaaaa


myself

0 COMMENT on "mari bernasyid"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez