1/24/2010

sungai sendat sangat BEST


semalam, 23 januari 2010

kami, sebilangan budak2 EPU merancang untuk mandi sungai Sendat. disebabkan masalah yang mungkin-boleh-dielakkan terjadi, maka perancangannya tergendala selama lebih kurang 4 jam la..

waktu zohor dah masuk, maka kami singgah solat Zohor kat masjid area kampung Laksamana (kot), yang penting kat Selayang lah. selesai solat, aku tgk sandal aku dah takde. mungkin aku salah letak. aku tawaf masjid 2 round, tak jumpa. sah! hilang....

camni lah bentuk sandal aku, cuma warnanya laen.

oh ya, sebenarnya, sandal yang aku pakai tu, bukan sandal aku. itu sandal Lan, budak kelas aku masa undergrade dulu. kitorang tukar sandal sebab sandal kitorang sama, cuma warna laen. MINTA MAAF LAN!
aku tak tau Lan dah pakai bape lame, yang penting esok genap setahun 4 bulan aku beli sandal tu. sedih..

adik aku cakap; "sandal ko hilang? petanda tu"

bongek! nauzubillah! "ko jangan main gila Man.. kita nak g berenang ni.."

okeyh, stop cerita pasal kehilangan sandal tuh.

smpai jer kat sane, budak2 ni siap2 la nak bakar makanan. eh, bakar arang dulu bla bla bla..
aku teruja tgk air terjun mengalir. perut lapar bunyi keruk2, langsung tak ingat dah. banyak kali aku ajak deorang turun sungai, tapi masing2 nak tunggu maanan siap. adoi, aku tak tahan dah ni..ingat nak terjun sorang2 tapi segan.

DEBUSH! DEBUSH! DEBUSH!

yay! akhirnya dapat mandi. aku terjun sane, lipat sini..peh! best sangat! airnya sangat dalam. sepanjang aku mandi, kaki aku tak jejak tanah. boleh terjun tiruk, terjun katak, terjun balak.. seronok nye pusing2! dok bawah air terjun. peh! aman dan damai! nasib baik aku pandai berenang.

berlagak bukan?

kawan aku terjatuh, dan aku sedang berpaut pada kakinya. disebabkan dia jatuh, aku tenggelam. dia tolak aku ke bawah, aku makin tenggelam. aku terkapai2, air masuk mulut, aku hampir lemas. betapa seksa aku dalam air. hampir ke udara, aku ditolak ke bawah semula sebelum sempat tarik nafas dan hanya menyedut air. bayangan maut sempat terjah ke minda. nasib baik sorang kawan sampai untuk tarik kawan aku tadi. cepat2 aku apung ke udara. muntahkan semua air yang aku telan.

Alhamdulillah, aku masih hidup.

tapi aku tak serik. sambung balik terjun tiruk sana sini sambil menjauhkan diri dari orang yang duduk di tebing. takut2 jadi lagi. betul2 hidup berani untuk gagal. aku berenang sendiri, boleh. tapi kalau bawa orang, boleh..boleh lemas bersama.

hari ni: 24 Januari 2010

"ibu, sungai semalam kan, dalam~"
"habes tu ko mandi ker?"
"haah..best! Luqman mandi pon kaki dia tak cecah lantai"
"kenapa mandi jugak? kan dah pesan jangan mandi tempat dalam!"
"hehe" rahsia tau! jangan bagi tahu mak aku okeyh~ terima kaseh. :D
myself

4 COMMENT on "sungai sendat sangat BEST"

cik EPAL on January 25, 2010 at 12:43 AM said...

mandi manda :)

Huda on January 25, 2010 at 10:32 PM said...

best woo
hehehhe

mie on January 29, 2010 at 9:11 PM said...

pnjg umo ko ye.. :)

Huda on January 30, 2010 at 7:14 AM said...

hehehe..alhamdulillah... :D

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez