1/16/2010

makan langsat sekilo boleh menghuru hara kan satu hari


AMARAN: ENTRY INI SANGAT PANJANG DAN KARUT. JIKA ANDA HIDUP BERANI UNTUK GAGAL MEMBACA, SILALAH TERUSKAN YE~

pagi ni aku g walk in interview Vista Point kat Bukit Raja*. disebabkan aku tak pernah memijakkan kaki kat kawasan tu, aku pon tanya la Mr Gugel malam tadi. siap apal nama jalan, selok belok mane aku nak ikut, BOM! tido. bangun *.

mulanya, perjalanan aku lancar. aku ikut step by step apa yang aku belajar dari Mr Gugel malam tadi. lepas je tol (lebuhraya Baru Lembah Klang) aku menguap**. ya, aku menguap.

aku teruskan perjalanan. okeyh, jumpa tol Lebuhraya Selat Klang. dah betul la ni kot. tapi apesal aku rasa tak sedap hati? mungkin sebab aku nampak signboard kat belah kiri tertulis: "Awas kawasan kampung". tapi aku fikir, mungkin kat depan sana jumpa la Pesiaran Bestari yang di perkatakan oleh Mr Gugel. tapi ati aku makin tak sedap. aku buat u-turn. lalu balik tol Lebuhraya Selat Klang. aku nampak Kawasan Perindustrian Bukit Raja. aku jalan2 dalam tu. aku tgk suasana kawasan tu menyeramkan. takde orang pon. ade la orang yang menakutkan aku untuk ditanya jalan. aku pusing balik.

masuk balik Lebuhraya Selat Klang. aku pusing jalan tadi, tapi jauh skit aku masuk. aiiihh..tak boleh jadi ni. aku patah balik, main masuk mana2 simpang yang aku rasa berpotensi. minyak dah low, aku tak yakin pulak jalan ni. berhenti kat petronas, aku kol semua kawan2 aku. tapi kawan sorang kawan aku tgk gugel, bagi jawapan yang sama dgn jawapan Mr gugel. aku pon isi lah minyak in case perjalanan aku jauh lagi plak kan. aku tanya pakcik yang tolong isi tank aku tu, dy kate, "awak terus ni, nampak traffic light belok kiri, lepas tol 60 sen tu, ade bangunan baru kat belah kiri, masuk situ. tapi saya tak tahu la kilang yang awak nak pergi tu."

adoi..aku pon ikut je cakap pakcik tu. jalan dengan konpidennye kat lorong kanan sambil makan asam. masa aku buang biji asam tu, sekilas pandang ternampak signboard ade tulisan "keluli". aku teringat, company tu kat Jalan Keluli 1. terlepas!!! bongek la..cepat2 aku wat u-turn kat traffic light depan JJ Bukit Raja.

lepas u-turn berkali2, akhirnya aku sampai ke destinasi~
========================================
**masa aku menguap, mata terpejam, aku tak nampak signboard "Taman Perindustrian Bukit Raja". masa aku u-turn lepas JJ Bukit Raja, aku lalu balik kawasan lepas tol Lebuhraya Baru Lembah Klang, n ade signboard "Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan" disitu. n aku sangat geram kerana aku pusing2 di tempat yang salah, dan destinasi hanya sekilometer dari tol Lebuhraya Baru Lembah Klang. aku juga telah membazir RM2.40 kat tol Lebuhraya Selat Klang. haih~!
=========================================
sampai je depan kilang, dengan yakinnya aku g gate utama. pakgad tahan. "saya nak g interview". pakgad suh park luar ..okeyh. nak masuk plak, kene isi form. dah siap tulis, dgn yakin aku blah cenggitu jer.

"eh awak! tunggu dulu" apentah dy conteng form aku, "sain ni"
okeyh.
"awak sain kat mana tu?" *mesti dalam hati dy kata, teruk tol budak ni*
adoi, budus! aku sain kat staff's signature. "alamak, sori. macam mane eks?"
"ee budak ni. dah2. sain je kat tempat awak."
malu giler aku! dah la ramai orang kat guard post tu!
=========================================
sampai, isi form, tunggu turn, nama kene panggil. untuk tunggu depan pintu bilik plak. lama aku tahan diri nak terkucil, terpaksa g toilet gak. dalam toilet, aku terpicit kepala paip yang mana muncungnya tepat mengaha ke muka aku. SPLASH! tudung aku basah sebelah. budus!!!! aku kuar toilet dalam keadaan spek + tudung + muka yang basah. HR yang called aku tu senyum2 je tgk aku. eeee memalukan diri sendiri!
takpelah, naseb bek dalam ekon. cepat kering. sambil2 tunggu, borak2 ngan sorang mamat tu. tetiba sorang eng lalu. aku bisik dalam ati "isk, macam garang jer. mintak2 bukan dy yg interview aku"
==========================================
"Nuraini Huda, awak tunggu dalam bilik dulu ye. En ni pergi cleanroom sekejap." oke.
"maaf kerana menuNggu.."
erkkkk...en yang ku umpat dalam hati tu!
alkisahnya..jawapan aku semua berterabur.
===========================================
tak kesahlah usaha ada, tinggal tawakal. kalo ade rezeki, dapat la dalam 2 minggu lagi. kalo takde, usaha cari kat company laen plak. hahahaha! WISH ME LUCK!

Today's Lesson:
jangan menguap semasa memandu. nanti mata tertutup jalan, dan
jangan makan makanan yang kita kene buang biji/kulit. nanti bila tunduk nak buang, terlepas simpang semasa memandu ke jalan yang tak pernah pergi.
lain toilet, lain paipnye!
hentikan tabiat mengumpat walaupun ianya dalam hati.
myself

2 COMMENT on "makan langsat sekilo boleh menghuru hara kan satu hari"

izue on January 16, 2010 at 6:57 PM said...

huda.. rezeki kerja tu sgt subjektif. tak semestinye kite senget seblm semasa dan selps interview tu. tak dpt..inshaAllah ade rezeki. ade la tu..

intervw midf dulu tu. smpai2 ak buat star kt sane. lari2 dr meja recptionist smpai ke luar, kejar bpk ak sbb tertgl wallet dlm kete. haha. sume gelak kn ak. senget tol!!

Huda on January 16, 2010 at 7:31 PM said...

haahaha~
betul2.. rezeki tak bergantung kepada tahap kesengetan b4 n after interview.

tapi ko mmg senget la izu..aku tgk orang laen at least gelak kat aku dalam hati jer.ekekekeke~

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez