1/10/2010

.:: Kenal peribadi melalui tulisan ::.



1) Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


2) Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

3) Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah
menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi
dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh,
suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)

4) Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

5) Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin,tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

6) Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan
Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang
dalam hidup

wallahua'lam bissawab~


Dr Fadzilah Kamsah


myself

2 COMMENT on ".:: Kenal peribadi melalui tulisan ::."

black_mel on January 12, 2010 at 9:20 PM said...

1)tekanan kuat,
2)leper2
3)condong kanan
4)rapat2
5)besar,panjang smpurna
6)tinggi

tp kalau taip guna keyboard cmner?
rasa2 x semua ramalan tu btul kot..

Huda on January 14, 2010 at 7:00 AM said...

haaa...tulisan yang taip tu nak kenal peribadi orang yang reka tulisan kut. haha..xde lah
tu tulisan tangan lor..
ni ikut kajian majoriti orang bertulisan cenggitu, perangai nye cenggini..
biasalah manusia, tak perfect..kan..hehehe~

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez