1/17/2010

hebat!


semalam aku jalan2 baca blog orang. lepas tu aku tertarik kat entry satu blog ni,

Only Mind Can Play This Mindflex



tak tahulah kalau korang dah tau pasal game ni ke tak, tapi aku nak cerita jugak. aku tertarik kat game ni sebab ia menggunakan gelombang dari otak untuk hantar arahan kepada mesin. bende yang ala2 topi tu lah alat pengesan gelombang dari otak. ia akan menghantar isyarat tersebut ke kipas yang ada dalam konsol. kipas tu yang akan apungkan bola. semakin tinggi konsentrasi, semakin kuat kipas tu berputar, semakin tinggi bola terapung. nak tahu lebih lanjut pasal game ni, boleh tengok kat sini. (hensem juga lelaki yang jadi model ni. hahahahaha~!)

konsep game ni sama lah macam konsep EEG-electroencephalogram. EEG ni digunakan meluas kat bidang perubatan, biasalah nak tengok lakaran/isyarat/gelombang otak seseorang. otak manusia menurut kajian ada 5 jenis gelombang iaitu Alpha, Theta, Gamma, Beta dan Deta. setiap jenis gelombang terdapat pada lokasi dan mempunyai maksud tersendiri. disebabkan aku dah setahun tinggalkan bidang ni, jadi aku sendiri pun lupa sket2 pasal EEG ni.


kalau korang g hospital, cuba tgk kat ICU, ade tak pesakit yang koma dan dipakaikan topi berwayar? kalo ade, maknenye doktor nak tengok aktiviti otak pesakit tu. kalau otak dah mati (tak de sebarang aktiviti) pesakit tu boleh lah diisytiharkan sebagai sudah mati. jangan tertipu dengan dadanya yang berombak kerana ianya hanyalah bantuan pernafasan dari mesin ventilator sahaja.

teringat masa undergrad buat lab EEG ni. aku sebagai bahan eksperimen. aku disuruh kira 1+2+3+..... sampai la yang ke 100 contohnya, dalam masa 10 saat. masa tu, mata kene fokus kat satu tempat, takleh bergerak, walaupun berkelip akan menghasilkan hingar yang ketara. menangis2 aku masa tu kan Izu. dah la kene buat banyak kali sebab brainwave aku pelik. haish~ kenangan2~

tapi bila tengok teknologi baru ni, aku rasa lab aku tu mmg jauh ketinggalan. agak2, game ni leh diapplikasikan untuk budak2 SEP/SEB x? huhuhu

p/s: Zuliey, ade brani buat sbg tajuk psm? amacam kin2, ak tukar tajuk research tak? hehehehe
myself

10 COMMENT on "hebat!"

ezzati on January 17, 2010 at 11:10 AM said...

sangat saitifik..menarik..hehe

pstt..mmg ensem laki tu

cik ery on January 17, 2010 at 12:45 PM said...

menraiknya mende nih..heheheh

Huda on January 17, 2010 at 12:51 PM said...

menarik bukan~ lagi menarik kalo kita dapat sebiji letak kat umah. wahwahwah!

Arief on January 17, 2010 at 5:48 PM said...

Mau hal unik & menarik lainnya? Kunjungi blog kami DISINI!

MASQULIN.BLOGSPOT.COM

zuliyana on January 17, 2010 at 6:14 PM said...

xterpikir pn lg psl psm...haha..btw..thnx sbb bg idea tu....hee.
p/s: xhensem pn laki tu...

Huda on January 17, 2010 at 9:07 PM said...

@Arief WOW!

@zuliey apa lagi~ propose aa kat pak Eko.ada bran x? heehehe

zuliyana on January 17, 2010 at 11:22 PM said...

xnak ar pak Eko..nak cari pak laen..haha

Huda on January 18, 2010 at 6:06 AM said...

ooo..xmo pak Eko eks? tak hidup berani untuk gagal aa ko ni.. hehehehe~

Love Says it All~ on January 18, 2010 at 4:42 PM said...

BRIDAL MAKEUP CLASS (2-DAYS CLASS)!!

WHEN: 23RD & 24th january 2010
WHERE: EYRA RIZAL MINI STUDIO, SHAH ALAM
HOW MUCH: RM500

**CLASS INCLUDING HAIR + SHAWL STYLING
**LUNCH, MAKEUP TOOLS & PRODUCTS WILL BE GIVEN
**GOODIE GIFT SUCH AS M.A.C EYESHADOWS/LIPSTICK WILL BE GIVEN(DIFFERENT GIFTS WILL BE GIVEN TO EACH AND EVERYONE OF U.)
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN.

LIMITED SEATS UP TO ONLY 10PAX!!
REGISTER LATEST BY 20TH JANUARY 2010 @ 9PM

WWW.EYRARIZAL.COM
0162128740
FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH

Huda on January 18, 2010 at 7:06 PM said...

sempaat lagi wat iklan kat komen box aku..

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez