11/27/2009

seluruh umat Islam,

9 COMMENT
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILAHDHA






myself

11/26/2009

terkilan

17 COMMENT
kalau kau terbaca, kau boleh marah. nak mengumpat kat belakang pun aku tak kesah sebab aku dah penat tanggung dosa umpat kau. banyak lagi dosa lain aku nak tanggung.

bertahun gak aku pendam. ingatkan aku sorang je yang terasa, rupanya mereka (mulan n jas) pun merasa. dain? oh, aku jarang kontek dia. aku dgr2 dari mulan n jas je.

aku tak tahulah apa salah kami. sejak hari tu, kau sepi. jahat la aku ni kalau aku kata kau cuba putus kawan. kawan?

sejak kau kawen. malam tu, kami berempat lepak2 sampai tido umah kau. yelah, spent time untuk orang yang nak tamatkan status bujang. aku rasa, tu la last day yang kita gelak besar same2. mungkin bukan terakhir untuk mereka.

umah jauh? mesej sudah. kredit abes? internet ada. xde masa? bohong la tuh. active blogger, fb gak. slalu je dapat email forward2 kat semua orang. dulu la, sekarang dah tak dapat. lost contact? haha. sangat tak logik. aku akui lah, aku lost kontek ngan nurul n amni.

mungkin tak standard kawan ngan orang bujang. so, kalo nak borak2 pon, kene ngan orang2 yang dah kawen agaknye. eh lupa lak, saidah n finas belum kawen rasenye. hurm..ntah lah.

bila orang tanya aku, mana kau? aku jawab je 'ntah. aku tak pernah kontek kau'

n aku tulis bukan nak merayu kau balik kawan ngan aku. cuma penat mengumpat. so aku decide untuk cerita depan2 pasal kau lupakan kami. kami sedar siapalah kau kami. xkesahah esok raya haji ke tak, aku mintak maaf la bagi pihak kami sebab selalu umpat kau. mungkin kami jahat. selalu bawak ko ke arah kantoi sampai kene denda n rotan masa kat skolah dulu. mulan pulak bising cam nyamuk. mungkin decision kau tepat. terima kasih lah kenangan2 manis pahit yang kau share ngan kitorang dulu. sorilah, aku ade lupa sikit. makin lame makin ter'erase'. kenapa ntah.

siapa kau? hanya kau saja yang mengenali kau.
myself

11/21/2009

domain free~!

10 COMMENT
hai kawan2 sekalian. apa khabar anda semua. diharapkan anda semua sihat sejahtera. ecece. ade ape2 ke ni? haah, memang pon.

saje je nak bagi tahu yang ade satu domain free iaitu free CO.CC

tak reti lah nak explen camner, tapi cuba tengok kat websitenya:


CO.CC:Free Domain



boleh juga nak cek domain availability kat sini: 






itu saja dari saya~ terima kasih!
myself

11/19/2009

wahai pembaca

9 COMMENT
bila aku sudah dewasa
aku akan membalas jasa
ibu ayah tercinta
jasamu tak ku lupa
mendidik ku hingga sempurna
zaman sekolah rendah dulu, aku selalu dendangkan lagu ni.


abang: dewasa tu bila?
bila dah besar lah.
abang: besar macam mana?
tunggu besar lah! eee






ada sesuatu yang tersirat di sebalik soalan abang aku tu. bila aku meningkat ke alam remaja, baru aku sedar akan "kesilapan" aku atau apa yang abang aku cuba sampaikan kat aku.

"bila aku sudah dewasa aku akan membalas jasa"

kenapa perlu tunggu dewasa? bukan ke hari2 kita boleh membalas jasa?

contoh:
"ibu, TERIMA KASIH kerana masak makanan yang sedap2 setiap hari. sekarang ibu rehat, biar saya basuh semua pinggan mangkuk"

lihatlah, ucapan TERIMA KASIH itu adalah sesuatu yang amat berharga. ia mampu membuatkan si ibu tersenyum bangga akan anak yang di lahirkan. langsung hilang segala penat lelahnya.

TERIMA KASIH, tak semestinya dengan perkatan. di jalan raya contohnya, angkat lah tangan sekiranya kenderaan lain memberi laluan kepada kita sebagai tanda kita sedang berTERIMA KASIH. ia akan menjalinkan satu ukhuwah sesama manusia.

bukankah ia satu tindakan yang manis~ mulai sekarang, amalkanlah untuk mengucapkan TERIMA KASIH!

untuk pengetahuan anda, anda telah diTAG untuk menyertai Kempen 1 Bulan 1 Adab yang dikendalikan oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). hehehe.. apa lagi? sertailah ia sekarang~ mudah saja, buat entry, letak banner, siap.

terima kasih~
myself

11/18/2009

mahu yang ini

13 COMMENT
ada satu pen.
menarik sangat! ape yang menariknya? mari cekidout!




bila di patahkan, akan jadi begini







menarik2~ bestnye kalau dapat!
myself

kisah hari itu

6 COMMENT
hari tu (minggu lepas) ada orang ajak kuar g tengok cerita 2012. so kitorang ber3 set aa hari ahad, kat Times Square, kol 2. tiba je hari yang dijanjikan, aku  rasa ade la dalam 2 lebih kitoang berjumpa n beratur nak beli tiket yang panjang nya tak payah cakap la. then ada sorang mamat bagitau yang tiket 2012 dah abes. yang tinggal hanyalah midnight, 1st row. adess. disebabkan kami bertekad nak tengok cerita tu gak, so kitorang berjalan ke Pavilion.

11/15/2009

SPAM!!!

8 COMMENT
kesian aku punya facebook. aku dah lama tak online fb, tetiba satu hari aku dapat komen kat fb yang aku wat wall post untuk iklan pasal cara2 nak kuruskan badan. sengal seyh. suka2 hati jer pergunakan aku. sampailah aku dapat email macam ni:

Dear Huda Mcgyver,

We have detected suspicious activity on your Facebook account and have temporarily suspended your account as a security precaution. It is possible thatmalicious software was downloaded to your computer or that your password was stolen by a phishing website designed to look like Facebook.

You can regain control of your account by logging into Facebook and following the on-screen instructions.

Please be sure to visit the Facebook Help Center for further information regarding these security issues and let us know if you need assistance.


sesapa yang ada fb aku, yang dapat wall post karut dari aku, aku mintak maaf oke. itu bukan aku.



apa puncanya eks?
Miss Anis Syahirah kata sebab aku tak logout fb. betul la kot sebab aku memang tak pernah logout fb kat pc aku. huhu~
myself

11/11/2009

Prof. Datuk Dr. Ir. Nuraini Huda Binti Abdul Kadir

14 COMMENT
[Aku dah segan nak blogging. Ni semua Kamilah punya pasal. huh]
Aku terfikir sesuatu, apa matlamat hidup aku sebenarnya ni? Apa yang aku nak kejarkan?
Kecik2 dulu, pernah terfikir nak jadi cikgu. Masa tu kerjaya yang aku nampak dan jelas tugasnya, cikgu je la. So aku pun letak la kat biodata, kat slot cita-cita: cikgu.



11/10/2009

sila tinggalkan link anda di sini

14 COMMENT
Salam sejahtera semua~
aku nak minta maaf banyak2 sebab betul2 sibuk sejak kebelakangan dan mungkin kehadapan ni. jadi aku harap korang semua yang telah mengklik nuffnang, menziarahiku dan sebagainya, sejak Ahad 8hb 11, dengan jujurnya, meninggalkan link masing2 di kotak komen ni sebab *rasanya* cBox tak mampu nak save semua link. mana la tau, terlepas pandang or ter-auto-delete. jadi, aku akan berpeluang membalas balik~!

sila isi ruang kosong dengan perkataan yang sesuai:
"saya tatau la, ______ broadband seumpama ______ narrowband dan berperilaku seperti  ______ berukband yang signalnya melompat2 sesuka hati" kata pelanggan itu.

"sudah 2 jam saya menghadap laptop, tapi saya hanya dapat menulis blog. bila buka mana2 website, 

This webpage is not available. katenye. saya dah give up kerana perlu refresh lebih 5x" kata pelanggan ini.



-mungkin kerana sejak akhir2 ni hujan merata2 negeri, signalnya tak berapa bagus-kot.

sempt lagi nak bagi teka-teki:
ada seorang lelaki, menanam rumput di bumbung apartment bertingkat 8. satu hari dia membawa lembunya makan rumput di bumbung apartmentnya. ntah macam mana, dia terjatuh dari tingkat 8 tu.
peliknya, dia tak mati, tapi lembunya. kenapa?

terima kasih~! bye, mahu sambung belajar.

UPDATE:
link2 yang ditinggalkan telah disimpan disini
myself

11/07/2009

benci betul

13 COMMENT
bila tengok sikap penyokong KELANTAN yang tak berdisiplin

1) baling botol
game baru je start, diorang pun start buat hal. kesian aku tengok kat Shahruain (aku tatau eja nama dia) masa 1st corner kick tu.

2) baling mercun
masa ni corner kick gak. kesian kat Shahruain tu. (tapi macam comel masa dia lari2 mengelak mercun. =D)
ada lagi sorang, aku tak tau la kamera man ke sape2 ntah, terkena mercun kat leher. isk2.. kalau terkena mata mau buta tak nampak jalan di dunia.

3) bakar kerusi penonton
bila dah disediakan kemudahan, dibakar pula. kalau tak disediakan, bising. kerajaan itu ini.

dah la team kalah, penyokong buat hal pulak. sebelum kalah lagi dah baling2 botol, mana la nak berkat doa dia supaya team Kelantan menang kan? doa orang teraniaya termakbul. adat kehidupan, kalau ada yang menag, mesti ada yang kalah. jadi, terima la dengan hati terbuka~

memang awal2 lagi aku dah sokong N9 (Selangor xmasuk final nak wat camner) tapi aku nampak la yang corak mainan Kelantan agak kemas. passing pun oke, main tak berkumpul, cuma finishing je takde. tapi aku suka Keeper N9. dia sangat alert. lagipun N9 kuat kat pasangan kembar tu.

// first time ni tengok bola lagi2 Malaysia punya game. huhuhuhu

myself

kemalangan jalan raya

0 COMMENT
pesanan: kalau malas nak baca bebelan aku, baca yang BOLD sahaja ya~

sejak akhir2 ni dah ada 2 kes KEMALANGAN JALAN RAYA melibatkan kematian/cedera parah terhadap orang yang boleh dikatakan adalah kenalan kepada kenalan aku. dan kedua2 kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu2 yang lain. salah satu di berita ini. (yang lagi satu tak dapat cari sebab arkib berita seminggu jer)

apa yang aku cuba sampaikan ialah, jika kita tak berhati2 di jalan raya, bukan sahaja MENYUSAHKAN diri sendiri, malah orang yang tak bersalah turut terlibat akibat dari kecuaian kita.

contoh2 orang yang tak bersalah:
1) orang yang dilanggar
2) orang yang melanggar orang lain untuk mengelak dari melanggar pemandu cuai
3) orang lain yang dilanggar oleh (2)
4) ORANG LAIN KERANA ADA PENONTON KEJADIAN ITU SEHINGGA MENYESAKKAN JALAN RAYA

geram sebenarnya. bayangkan xcden kat lane arah bertentangan, tapi arah lain jammed sama. dah la tengah kejar masa. kalau sesak setakat 1-5 meter takpe la jugak. dah la kat MRR2 tu terkenal dengan jalan jem, tambah plak eksiden 3 biji kereta kat situ tadi. adoiyai. MAKA, balik Gombak aku lalu Jalan Tu Razak jer sebab dah tau jalan tu jammed.

Huda dan pembaca, SILA BERHATI2 DI JALAN RAYA~
myself

11/06/2009

MOBS & Little Clothes Contest Giveaway

2 COMMENT
aku ni dah macam giveaway seekers pon ade gak. hehehe. kali ni hadiahnya menarik seyh:



waaahhhhhhhhhh~~~!!!! korong kotokkan ngolok oko no* uh.. kalo dapat, leh bagi hadiah kat anak2 buah aku. pasti aku adalah makcik yang HEBAT lagi BAIK HATI. huwahahahahahahaha~ ya, aku sedang menganyam bakul di sekeliling aku sambil terangkat dengan sendirinya dek angan2 yang besar menggunung ni.

eh korang nak join gak ker? lorh, nah linknya. cepat, sebelum 15 NOV oke~ jumpa di sana~~

*translate: tolong katupkan mulut aku ni
myself

kali ini ia berbeza

4 COMMENT

hari ni, aku nak promote satu blog. erm akak2 ni namenya Cik Rai dan Cik Akma. dari pemerhatian aku, mereka mengkhususkan hiasan untuk majlis2 perkahwinan. eh, jangan salah sangke ye. aku tak sampai jodoh nak kawen lagi oke~ sebenarnya aku nak masuk giveaway jer. hihihi. bosan kan jadi aku. hari2 update blog sebab nak giveaway jer. who cares~ ade rezeki, dapat la, kalau takde usaha lagi. betul tak? nah tengok:


made with love

cantik la.. warnanya pun merah. aku suka warna merah ye everibadi. kalau dapat, leh aaa aku isi henpon aku yang tak berapa canggih tu. takpon, boleh isi duit syiling. bukan ape, kalau naik train, senang ade duit kecik. huhuhu.

eh, tunggu ape lagi, korang join la giveaway ni  jugak ye~ daaaaa
myself

11/05/2009

mikylayna

5 COMMENT


tak sangke, pagi tadi dok tulis entry tak de mase, malam ni tak le tido sudah~ training lah sekarang. keluar kol 7.30 pagi, sampai umah plak kol 6 ptg. 1st n 2nd day cam penat aa. tapi hari ni tak rase dah. so boleh lah teruskan untuk 3 bulan. huhuhu.

nak membebel rambut aku ni makin panjang la pulak. nak beli sepit rambut, tak mampu. huk huk. poyo lah Huda, cuba berhenti menipu. baik, dah berhenti.. hari tu dah masuk giveaway yang Zhaneez - craft wat, tapi cam tak dapat jer. di sebabkan aku ni seorang yang tak mahu mengalah, maka aku nak join giveaway lain pulak



11/04/2009

surat untuk anda

0 COMMENT
wahai pembaca sekalian,
saya tak dapat mengemaskini blog buat masa ini kerana jadual yang agak padat sejak akhir2 ini.
terima kasih kepada yang melawati blog saya serta mereka menembak berkali2 nuffnang saya. saya akan mengumpul dan mencuri masa lain kali untuk menembak nuf anda pula.
sekian. lots of love,
myself
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez