10/31/2009

aku akan berusaha menjagamu sepanjang hayatku

8 COMMENT
hari Jumaat bersamaan 30 Oktober 2009 adalah hari terakhir aku bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah si sebuah daerah di Gombak. ecece..skemanye guru ganti Sejarah ni. hari yang sama, ada sorang cikgu ni baru masuk kerja balik. adela dalam 2 minggu lebih dia tak datang sekolah. tiba2 aku terdengar (aku kat sana memang pasang telinga je kejenye) yang cikgu tu baru je selamat menjalani pembedahan membuang hempedunya.
BUANG HEMPEDU?!

10/30/2009

cute crochet hair clips

5 COMMENT
aku ade ternampak klip rambut. COMEL. surprise tak aku cakap comel? hahahaha cuba tengok:


comel tak?


comel kan~

haha, sebenarnya

10/29/2009

saje je promote

4 COMMENT
macam2 kan sekarang ni. nuffnang la yang aku tengok pemes sekali. klik jer dapat duit. ade la 20-30 sen. sekarang ni pulak ade yang baru dah. namenye catcheye. yang ni Malaysia punya~!


aku tak faham sangat sistemnya. aku tengok macam mlm pun ade gak. hahaha. ade 1st degree network, 2nd degree network. macam2 lah.




nak cuba, usha2 la ape yang ade kat catcheye ni~.
myself

tolong aku~

8 COMMENT
malam tadi dah la tak boleh tidur. konon nak la tidur kat sekolah. tapi tak boleh lelap jugak. nak baca novel, tak dapat nak fokus sebab kepala berat abes ni. sekarang ni aku terjah makmal komputer sekolah sebab dah bosan tahap gaban tak tau nak buat ape. sape yang sama2 tengah bosan ngan aku meh sini aku nak bercerita:

satu hari aku tanya budak kelas aku, form 4, kelas kedudukan ke11, lepas SPM bercita2 nak jadi ape. majoriti dalam kelas tu cakap tak tau. takde cita2. ade 2 orang yang kata nak tolong mak kat kedai, bukak bisnes. ade yang mengaku, "diri sendiri tak pandai, nak ade cita2 pulak." ada yang nak jadi FA. dalam fikiran aku, Failure Analyzer. tapi macam hebat sangat pulak dia boleh terfikir sampai ke situ. aku dengan sopannya bertanya, FA tu ape?  

nak hadiah

1 COMMENT
hasil perlawanan. lama dah tunggu. kadang2 hampir lupa tentang kewujudan hadiah tu.

yang pertama, masa kat KMPk. kami dapat nombor 1 pertandingan badminton beregu, aku dan Ekin (tak dengar cite ko skang) dan sampai sekarang hadiahnya tak dapat lagi. tapi yang ni boleh dianggap takkan dapat sebab dah lost kontek ngan budak2 mpp yang menganjurkan pertandingan ni. kira halal la.

yang ke2, masa kat UTM. hantar team futsal sendiri kat KL under pusat koQ UTM. dapat no 1 juga. dijanjikan hadiah utama RM1000, beserta medal dan sijil. tapi hadiah utama tu sampai aku konvo tak dengar cerita. yang ni besar pengorbanan semua orang. takkan nak pejam mata jer?

yang ke3, masa kat UM. aku wakil staf untuk bola jaring n futsal. yang ni dapat no 2 untuk 2-2 game. sampai sekarang senyap jugak. bila nak dapat ni? nak kira halal jugak ker? tapi katenye memang lambat dapat. takpelah.

bukan ape, kalau takde hadiah, cakap siang2. takde lah aku tertunggu2 sampai sekarang. aku kira halal, tapi kalau ade pihak yang kira hutang kan susah. yang ke2 tu, sangat mencengkam jiwa dan perasaan la kalau tak dapat. sanggup aku dan rakan2 lain kehulu dan kehilir mencari sponsor, buat kertas kerja (walaupun kene gelak sebab macam buat thesis), tinggalkan pelajaran di belakang (memang tabiat aku), petang2 training bersungguh2 (ceh, macam sebelum tu tak main petang2 jer), tak berbaloi lah kalau tak dapat. masih belum sanggup menyatakan nama organisasi itu.

sape ade pil tido?
myself

kau peduli apa

2 COMMENT
bila horoskop aku berbunyi begini:

If anyone knows how to read others, it's you. Your sign's reputation for being the very best mediator, negotiator and peacemaker didn't come about by accident. You're proud of it, and you're good at it. That talent will come in handy today, especially at work, where you might expect some fireworks. The drama won't be anything you can't handle, of course, and afterward you'll be more than proud.

peh, tak sangke. bakat terpendam aku ni. hahahahaha! aku suka baca bende2 yang tak nampak kesahihannya ni. tak tau la bende semacam ni tilik nasib kah. halal kah. tapi aku baca kalau terkena aku suka. kalau tak kena, ala, dia hentam je tu.

cuba baca lagi satu

Pushing harder will get you nowhere. Right now, you need to let things linger. It's one of those times when you can't expect your schedules to work out -- things are conspiring against your orderly ways! You may find some serendipity in your little accidents, though!

bahaya..bahaya..jangan percaya..


nak tido, otak dah letih, tapi mata takleh pejam. esok punya horoskop:
Lots of calls, emails and unexpected visits will keep you busy at work today, but you won't mind it a bit. The more unexpected they are, in fact, the better you'll enjoy them -- and the people you come into contact with will be in a fine mood, too. A little bit of their moods will rub off, putting you in an even better frame of mind. Don't go to bed too earlier. Spread it around. It's only fair!

biarla. aku suka tido.
myself

10/28/2009

kenapa

6 COMMENT
aku sendiri tak tahu. tapi aku dengan rela hati menggunakannya sampai sekarang walaupun dulu aku sangat tak rela.

HUDAMCGYVER


underestimate, upraise and humiliate

7 COMMENT
dah lama tak guna internet. broadband aku tertinggal kat umah akak aku, maka 3 hari lah aku tak guna internet. haahaha. ada satu perkara yang mengingatkan aku tentang sesuatu:


Waktu sekolah dulu, bila keputusan ujian keluar, nama aku antara yang teratas dipanggil untuk mengambil semula kertas jawapan. tatkala aku kedepan, pasti akan terdengar suara yang sangat merimaskan.


“tiru…tiru…”


Cuma aku bangga sekali sekala hingga buat aku lupa diri apabila ada masa lapang aku lepak2 (masa tak lapang pun aku anggap lapang) pasti ada yang datang menyoal soalan tentang matapelajaran kat aku dengan harapan aku tak boleh jawab.


“aku yang sibuk belajar, kau yang score
“kau kat sekolah dulu main jer. Tapi camne boleh pandai?”


Dan yang paling membuat aku terharu;


“saya nampak awak ada harapan untuk menjadi pelajar cemerlang sekolah. Sebab tu saya calonkan awak”
“saya sangka awak boleh dapat A untuk subjek ni” - subjek yang paling lemah sampai sekarang-


Aku tak dilahirkan pandai. Itu rezeki yang Allah bagi kat aku. Mungkin masa tu aku boleh jawab sebab kebetulan soalan yang keluar seiring dengan ape yang aku bace sehari sebelum peperiksaan. Kalau tak percaya, lihat saja keputusan degree aku. Takde la bagus mana - masih mengamalkan gaya belajar saat2 terakhir. Ataupun, bacalah kenyataaan yang dikeluarkan oleh orang-orang yang jujur di muka bumi ini;


“Huda nampak BODOH, tapi tak sangka pandai rupanya”
“Awak masa sekolah dulu TAKDE LAH BAGUS MANE
MUKA MACAM NI kau ucapkan good luck? Tak payah la”


Boleh ajar aku bagaimana nak buat GAYA YAKIN? T_T

myself

10/24/2009

bosan lagi

3 COMMENT
dah lama tak bersukan. last mase kat UM bulan 8 hari tu main netball n futsal. pastu stop. hari ni adalah hari koQ sekolah aku. so adelah pelbagai pertandingan yang dipertandingkan. lepas kawan aku jadi ketua juri kawad kaki, kitorang g court basket sebab student aku ramai kat situ. haha tak senonoh, mase ni lah cikgu2 yang tak berkaitan takde hala tuju. sampai sana, budak2 kelas aku ajak lawan. aku dengan banggenye setuju. 1 on 1. hahaha. padahal nak kejar 5 mata jer. semput bukan main. mula2 aku lead sampai 4-3, aku penat tahap nak tarik nafas macam orang kene asthma pulak. baling bola terlajak2, over target + power. shooting tak menjadi, boleh pulak walking, aku tewas 5-4. haih~ nak bersukan. aku bosan. seb bek esok ade tonomen boling plak. jumpa kat sana ye kawan2~!

***
tengah tengok kawad, dapat sms:
bu g gombak umah nenek st sarah meninggal ye
reply: nenek st sarah sape?
artis ibu kawan baik nenek dia
reply: ntah a xkenal..
penyanyi lubang idong besar tu la
reply: owh..ha..yelah..
***
Al-fatihah buat arwah.
myself

10/23/2009

berhati hati lah dengan hati

0 COMMENT
zaman sekolah dulu, cikgu suka ingatkan kami:
hati2 dengan pemikiran kerana ia akan menjadi perbualan
hati2 dengan perbualan kerana ia akan menjadi perbuatan
hati2 dengan perbuatan kerana ia akan menjadi tabiat
dan tabiat itulah menunjukkan sifat anda


lagi satu perkara warga asing timbul. bila aku dengar berita pagi tadi, dan membaca di blog Bersama Mazidul: Terjahan 'Awang' Hitam, aku rasa manusia macam ni dah mula hilang sifat BERSYUKUR, HORMAT MENGHORMATI, MENGHARGAI dan SEGALA SIFAT MAHMUDAH yang termaktub dalam sifat2 mulia seorang Islam. geram plak aku lagi2 seorang yang bergelar ibu sanggup membiarkan perbuatan itu (1 dosa subahat) dengan menuduh orang gajinya mendera (1 dosa fitnah) anaknya semasa melaporkan kepada pihak polis (1 dosa berbohong) tentang perbuatan kekasihnya (1 dosa zina).

tergamak bukan? kerana cinta hatinya buta.
myself

10/22/2009

I want to change the world

0 COMMENT
anda mahu? ini bukan tag. tapi ini realiti!
bagaimana? baiklah, jawab survey di SINI. 3 soalan sahaja, tentang apa yang anda mahu UBAH berkaitan dengan masyarakat, diri, dan negara kita.
ape yang kita akan dapat?

lihat banner:


dan baca sedikit maklumat ini:
The Youth Engagement Summit (YES2009) is a platform to create a cadre of engaged, active youth leaders dedicated to making positive changes happen in their communities and in the world. Youths are not just leaders of the future, they are today's leaders in their own schools and communities. say YES to change, oke. boleh jumpa speakers yang berpengalaman dari serata negara. wah wah wah~
antara mereka ialah:



jadualnya boleh tengok YES2009 – The Trip!. menarik bukan!

oh ya, aku tak dapat ape2 sekiranya anda menekan link2 tersebut.
myself

10/21/2009

parietal lobe

3 COMMENT

parietal lobe kepala aku sakit lah.
datang sekali sekala. bila datang rasa nak demam, muntah dan pengsan. pastu ilang macam tu jer. main2 pulak.
myself

10/20/2009

hang fikir aku ni medical doctor?

4 COMMENT
aku medical engineer la!

eh, perasan pulak. tak pelah. sape yang bace ni, doa2kan la ye.. hehe

menjawab kepada persoalan AEBA. aku tatau sebenarnye. tapi buleh di buat research sedikit memandangkan aku sedang bercuti ni kan. ehem2

AEB ialah ATRIAL ECTOPIC BEATS. masalah jantung! tapi diminta tentang AEBA, maka AEBA membawa maksud ACUTE EXACERBATION OF BRONCHIAL ASTHMA

acute-tak kronik, jangkamasa pendek, short-lasting. tapi asthma juga sedang dikategorikan sbg kronik.
exacerbation of asthma-asthma attack
bronchial-bahagian dalam paru2. kalau tarik nafas, dari hidung/mulut->laluan udara->paru2.
dalam paru2, primary bronchus->secondary bronchus->tertiary bronchus->bronchiole->respiratory zone. (-> fizikal semakin kecil)
bayangkan ada segugus anggur yang ranum dan enak dalam badan. hehe



ia adalah sebahagian daripada jangkitan saluran pernafasan - respiratory tract infection
pesakit akan menghadapi kesukaran bernafas, nafas terasa pendek disebabkan oleh bengkak pada saluran pernafasan kerana kemungkinan2 seperti: udara sejuk,bersukan, habuk dan hama, pencemaran udara, juga tekanan dan keresahan, alahan kepada makanan atau ubat2an.


semasa serangan asthma, tisu otot pada dinding bronchi mengejang, dan sel2 pada lapisan saluran mengembang serta merembes lendir ke ruang udara. kejadian2 ini menyebabkan bronchi menjadi sempit - pengecutan-bronchi-bronchiconstriction. maka pesakit asthma perlu bekerja keras untuk bernafas. (inhale and exhale) rujukan dan rujukan

sesiapa boleh dijangkiti, tak kira umur. boleh menyebabkan pesakit batuk, sukar bernafas dan nafas berbunyi (berdengkur pon boleh dikira). boleh dielakkan dengan mengenalpasti alahan yang pesakit hadapi. untuk rawatan seterusnya, boleh berjumpa dengan Doktor pakar yang sebenar ye. hehe.agak2 Dr Usopp bangge tak ngan aku? hahaha..

adakah ini membantu?
myself

CONGRATULATIONS

4 COMMENT
for being well-alive till this day.

yay. ini ada sedikit maklumat tentang waktu itu. dapat kat website ni: Karakoma

percayakah anda tentang perkara2 dibawah?
20 Oktober 1986

20+10+1986 = 2016

2+0+1+6 = 9 (Jadi nombor lahirnya ialah 9)

9. Pelakon

* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa [tak jugak] jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. [apekah??]
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

ade ke kate aku ni pelakon..suke hati jer

20 10 1986
2+0 = 2 Maka kotak pertama adalah 2..

2+0+1+0+1+9+8+6=27
2+7=9 Maka kotak kedua adalah 9..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2+9= 11 Maka kotak ketiga ialah 2..

2. Lembut
9. Glamour
2. Lembut

Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Mudah disukai ramai
Tidak suka membantah, malah cukup mendengar kata.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda.
Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata [tak pon?] mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni [tak pon]. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

No matter what, you will be loved by every one coz your ruler is the moon and every one loves the Moon. Well.. You are a person who day dream a lot, you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication.
Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does peace love or you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).

If you really have a deep thought about your own believe in God you can feel the difference which will make you stronger! Most of the time your words are a kind of would be happening true! [boleh jadi ahli nujum ni. haha~!] So without any knowledge you can predict the situation… You will become poets, writers, any artistic business people! [hahaha..orang seni lagi!]

You are not strong in love, so you will be there and here till you get marry.. If U r a girl you will be a responsible woman in the whole family.. If U r a man you will involve in fights & arguments in the family or vice-versa. Means you will sacrifice your life for the goodness sake of your family…You are gentle , intuitive with a broad vision, a power behind the scenes, well balanced People!!!

Gregorian-Hijri Dates Converter

You entered:
20 / 10 / 1986
The conversion result is: Monday 16 Safar 1407 A.H.
myself

10/19/2009

aku sedang bosan

7 COMMENT
hari ni cuti sekolah. jadi aku takde keje nak buat selain:
kemas rumah sapu sampah basuh pinggan mangkuk tonton drama Jepun dan anime

aku pergi pejabat pos untuk hantar surat cinta beserta biodata kat orang yang mungkin sudi terima aku sebagai orang bawahan

aku singgah Giant Hypermarket untuk cucuk duit sebab dalam walet ade 10 keping duit seringgit. alang2 tu masuk dalam pusat beli belah. teringin makan tom yam.

beli kiub Knoor satu kotak. tomato 3 biji. tetiba ternampak ramen belum masak. ade tanda halal. beli satu.

balik rumah, masak ikut cara2 yang ade kat belakang kotak Knoor.

30 min, siap.

TAK SEDAP. aku malu nak tunjuk gambar. terasa mahu ke kedai makan Ichiban Ramen sekarang ni. mungkin aku boleh berikan name masakan aku tadi Hyakuban Ramen.

nak yang ini

akhirnya aku sedar aku tak mampu masak sedap2 kalau mak aku takde kat rumah. *sigh*

esok cuti sekolah lagi. siapa mahu keluar berjalan2 bersama aku? aku sangat bosan.

update:
5.51 pm, nenek call. aku mula2 tak nak angkat sebab nenek selalu tertelefon aku. biaselah bila orang tua guna teknologi. hehe. tapi aku terkejut bila angkat:
"Huda~. aku nak domam eh raso badan neh. ko buek apo tuh?"
erk?? nenek mimpi ape tel aku eks? aku layankan ajer. mungkin dia nak ngadu semalam penat panjat tangga umah akak aku 5 tingkat. aku nak cakap tengah main internet, takut dia tak faham. jadi aku tipu sunat cakap tengah duduk2 tak buat ape2. hehe. nenek..nenek..
myself

10/17/2009

macam mana mereka dapat mercun itu?

2 COMMENT
aku suka tengok bunga api. tapi aku memilih sikit jenis bunga api. aku suka bunga api yang dibakar kat acara perasmian pembukaan atau penutup sesuatu majlis besar2an. yang pastinya, bunga api tu dibakar jauh dari kawasan perumahan. sikit pon tak ganggu orang awam yang mahukan ketenteraman tak kira waktu pagi atau malam. dulu, kecik2 aku suka g umah orang Cina yang wat tarian singa. walaupun bising, tapi best!

tapi sekarang, aku tengah taip dalam keadaan sakit hati. bunyi mercun non-stop bergema kat taman aku. lagi2 aku boleh agak golongan yang bakar duit ni sape. bertambah ke-tak-satu-Malaysia-an membara dalam diri aku ni. ditambah dengan bunyi kereta yang tak mesra gegaran dek bunyi yang terlampau kuat. bayi menangis tak dapat tidur lena.

Flashback:
jam 8 PAGI. bunyi mercun yang kuat dan bertalu2 di hadapan rumah dan dibakar oleh golongan itu.
"wei! nak bakar mercun g kat padang la!!!"
"hei suka hati la! aku bakar depan rumah aku"
"talifon polis baru tahu!"
"talifonlah!"
kalau dah bodoh tu, bodoh jugak lah. waktu pintu rezeki mula nak masuk rumahlah dia mula nyalakan api pergaduhan + kemarahan jiran. serpihan2 mercun diterbangkan angin masuk dalam rumah jiran. oh ya, lepas ugutan talifon tu, takde bunyi ape2 dah.
"mercun ni sape nak sapu?!!!"
"sapu lah sendiri!"

kalau anda faham dan anda salah seorang dari mereka (yang membakar + golongan itu), mintak maaf, aku sangat tertekan. aku benci perbuatan kamu. dan membuatkan aku benci kamu juga. harap2 kamu sekeluarga pindah rumah jauh dari sini (jauh dari Malaysia pun aku suka)

myself

apabila

0 COMMENT

Apabila aku kesepian
hiburlah aku dengan suaramu
apabila aku sakit
ubati aku dengan rasa kasih sayangmu
apabila aku mati
jangan mandikan aku dengan air matamu
apabila aku terkubur
kuburlah aku dalam hatimu
apabila aku tersesat
selamatkanlah aku dengan doamu

SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA
myself

10/15/2009

bertukarrrrr

12 COMMENT
bukan bosan. tapi semangat inkuiri untuk meneroka perkara baru menyebabkan aku tertukar template blog aku. haha. banyak bende nak kene blaja sebab dah lari setting la pulak.

name blog ni pon aku tukar sebab mase aku abes wat survey kat youthsays.com, ade sorang mamat ni tanya pasal favourite quote kita. so aku terfikirlah nak letak favourite quote aku sebagai nama blog. heehe

itu saja.

p/s: amacam? oke tak template yang aku pilih ni? hehe
myself

bergaduh tak semestinya benci

3 COMMENT
ada la sorang kawan aku ni. kitorang satu kelas belajar sama2 kat UTM. tak tahulah sejak bila, setiap kali berjumpa, kami mesti gaduh. sikit2 gaduh. teringat satu peristiwa yang digelar "kenduri kawen" mase tu 2nd year kat kelas thermodynamic. tak tahu macam mana bermula kesah ni, tapi yang penting aku ni kan suka kacau orang. sampai semua orang dalam kelas tu lah kene ngan aku. hampir takde sape nak dok ngan aku. sob sob. hehe tak de lah.

balik pada cerita awal. tengah dok kacau2 tu, (lecturer kat depan potpet2 mengajar) dia pusing belakang bebel kat aku sambil act pukul2/cubit aku (tak sure). biasenye kalau orang balas kat aku, aku buat je muke selambe je. lecturer pulak kebetulan nampak aa ape yang minah ni tengah buat. "amboi, macam kat kenduri kawen pulak rasenye. boleh bising2 main tepuk tampar" hihihi.. kesian dia kan.

macam2 lah. setiap kali masuk lab, gaduh. meja dia belakang aku. takleh lari jauh la. dalam kelas tak perlu cerita banyak la. kalau duduk dekat, mesti gaduh sekali. hohoho. lawak la. teringat lak mase konvo. dia pernah cerita dia tak suka belon.

Flashback: dia buat PSM pasal image enhancement tak silap aku. sampai sekarang aku konpius ngan projek dia. tak kesahlah, janji dah keje pon dia skang. then, dia nak capture ultrasound image of cyst, kononnya nak guna belon as a phantom. dia pon open story la, dia tak suka belon. tapi untuk phantom tu nasib baik kecik je dia kene tiup. dia fobia kot kalau belon meletup kat mulut dia. hahaha. seronok aku dengar. aku amek belon tu, cakar2 sket bagi bunyi macam nak letup. mengamuk nenek ni. lawak la dia ni.

sambung, mase konvo tu, abes jer acara, kami dihujani belon2 kat dewan. wah, meriah rasenye. aku amek aa sebijik sebab belon tu jatuh betul2 atas kepala kitorang. amek gambar, gembira2, mase nak kuar tu aku cakap "mane Afni ek, nak letupkan kat dia" zuppp dia jerit "JANGANLA!!!" aku? buat gaya innocent la. semua orang pandang. dak2 kelas aku paham aa kitorang ni gila. hehe. kenangan tu.

banyak lagi kalo nak cerita pasal minah ni. sebenarnya nak wish Happy Birthday kat dia. hari ni dia dah 23 tahun. huhu. jangan marah ye Nanny. ampun~ huhu


myself

10/14/2009

Everyday I Love You

2 COMMENT
mase kecik2 dulu, kakak aku suka pasang lagu2 kumpulan BOYZONE sampai aku suka betul kat lagu2 deorang ni. yelah mane taknye, cd tu je pon ade kat umah aku mase tu. lagu ni la antara yang aku dok ulang2 kat playlist tu. huhu


walau ape pun, yang hidup pasti akan mati. mari baca:

MADRID – A Spanish court says autopsy results show Irish Boyzone star Stephen Gately died of natural causes.

A Balearic Islands Superior Tribunal statement Tuesday says the autopsy shows Gately died as a result of a pulmonary edema, or fluid in the lungs.

It said there were no signs of violence to the body and adds that Gately's remains can now be flown home.

Gately was found dead on Saturday in a house near Port d'Andratx on the western tip of the Balearic holiday island of Mallorca.

The Irish singer had gone to Mallorca with his partner Andrew Cowles.

setakat ni aku tahu
pulmonary edema atau dikenali sebagai Oedema merujuk kepada pengumpulan cecair dalam paru2. ia adalah kesinambungan dari kegagalan jantung [-ini ialah punca utama, biasanya belah kiri] untuk membuang cecair daripada kitaran paru2. kat paru2 kita ni, terdapat perantara antara udara dan darah. (alamak, dah lupa lah fisiologi! mintak ampun Dr Yusof!) apepon, punca disebabkan oleh tekanan yang tinggi kat pembuluh darah kat jantung. bacalah di sini.

tanda2 awal:
kesukaran bernafas, batuk berdarah, berpeluh yang berlebihan, keresahan dan pucat dll~

hati2 ye semua! hargailah jantung anda. fikir dulu sebelum makan~
myself

i am poor

0 COMMENT
dah beli satu novel
sangat di tunggu2 ia sampai ke Malaysia

THE HUNGER GAMES Catching Fire

nak bace
tapi tahan jap
novel yang beli sebelum ni pon tak abes bace lagi

The Diamond of DRURY LANE

cepatlah habiskan membaca
mahu buka buku baru pula

aku sangat lambat kalau baca buku English
kalau buku Melayu boleh abes 1-2 hari
novel English boleh makan masa sebulan
bukan setakat menghayati
ada la juga niat untuk aku nak pupuk minat membaca
sebenarnya tak faham sangat
kecil2 dulu malas
dah berkarat baru nak gilap
padan muka

honestly i confess that i am poor, very
I don't have enough vocabulary with me
I use a plenty of bad grammars
I can't understand if you use complicated words
people seems very hard to get about what am I going to deliver
seeking for a wealth in languages
correct me, teach me, persuade me, encourage me
I'm always be ready
thank you
myself

10/13/2009

aku tak 1 Malaysia

4 COMMENT
aku benci. bila satu ketika, bunyi loceng akan kedengaran. pada masa yang sama, akan muncul satu bau seperti asap kemenyan. busuk sehingga memenuhi ruang bilik aku? oh tidak, tapi memenuhi segenap RUMAH aku.
faham tak aku tak sidai baju luar rumah sebab kau punya asap kemenyan melekat kat baju2. faham tak, rumah aku ni rasa macam nak pasang aircond supaya bau dari luar tak masuk dan kau faham tak kami belum mampu bayar semua tu. kau faham tak kenape MPS datang umah kau satu ketika dulu suruh robohkan "rumah" itu? walaupun telinga aku sakit dengar kau menjerit marah anak kau macam kau sedang berborak dengan aku, dan aku sikit pon tak paham ape yang ko cuba announce, tapi aku tetap tak boleh tahan dengan asap yang macam fogging bunuh aedes pon aku rela bau. tahu tak kau yang aku tak pernah off kipas bilik aku?
tahu tak kau, yang mana bila orang datang rumah aku, mereka akan kata bau busuk? aku tahu itu adalah wangi untuk kau. bajet suci kot.
aku tahu kau tak faham sebab kau memang jenis tak faham bahasa Melayu. dan aku tahu kau tak tahu semua tu sebab aku tak pernah bagi tahu kau. tapi aku harap kau faham kenapa aku sangat berdiskriminasi terhadap kau. aku tak kire! aku dah tak tahan! aku benci bau itu! takkan aku nak pakai mask dalam rumah sendiri?!

p/s: tahukah anda, asap adalah salah satu daripada makanan2 jin selain tulang.
myself

jahatlah aku ni

4 COMMENT
tak tahu lah, dah jadi kebiasaan atau boleh diklasifikasikan sebagai sifat buruk aku iaitu menggelakkan orang yang buat kesalahan kecil dalam bahasa. contohnya macam ni:

dia: mintak tolong on kan suis no 5 boleh. kipas belakang tu.
aku: boleh. jap......eh, dah on lah.
dia: abes tu, kenapa tak menyala pon?

aku nyaris tergelak, tapi dalam hati lah, tapi nasib baik aku sempat sembunyikan sifat buruk aku ni. gelak dalam hati jer. kalo member2 mesti dah jadi bahan aku. hehe. itu saja~
myself

10/12/2009

mari kawan kita membaca

1 COMMENT

hari ni nak bagi tahu semua orang bahawa ada satu novel telah dipasarkan. tajuknya Rindu Akan Memanggilmu. boleh klik kat tajuk tu untuk mengetahui sinopsis tentang novel ini. boleh juga klik kat sini untuk mengetahui ape kaitannya dengan aku. hewhew~ cari ya. baca, jangan tak baca.

sedikit fakta tentang membaca:
sekiranya kita membaca, kita akan dibawa ke tempat/destinasi yang diimaginasikan/digambarkan oleh penulis. secara tak langsung kita akan mengalami satu pengembaraan dan pengalaman yang tak terhingga dan percuma walaupun kita belum pernah jejakkan kaki ke situ! kita juga akan berasa seolah2 kita adalah hero/watak utama cerita itu! hahahaha!!!
(harap2 ini memang fakta bukan auta. hehe)
myself

Happy Birthday

0 COMMENT



お誕生日おめでとうございます

生日快乐

Happy Birthday
Grab a Graphic from pYzam.com)

Ekin-chan. mintak maaf. bukan aku lupa, tapi aku tak ingat. dah tulis dalam otak, tapi tak baca. harap mung maafkan aku eks. kitekan kawan. ucapan aku, semoga berjaya dengan cemerlang, dunia dan akhirat, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki (buleh belanje aku selalu. hehe) tu je lah. Hehe


---


today's lesson:

ayat atas sekali tu, berbunyi "OTANJOUBI OMEDETOU GOZAIMASU". itu adalah ucapan dalam bahasa jepun. character ke 2-4 adalah tulisan kanji, manakala yang lain pula dinamakan Hiragana. kalau full hiragana-

おたんじょうびおめでとうございます


ayat yang ke2, mesti anda tahu bukan~ itu di sebut "SHENG RI KUAI LE", dalam bahasa Mandarin. semuanya ditulis kanji.
jika anda cekap, tulisan kanji pada kedua2 bahasa adalah sama. ini adalah kerana tulisan kanji memang begitu. tak leh ubah2. hahahahaha (tatau nak eksplen sebab aku pon masih merangkak. mintak maaf~

myself

10/11/2009

Hensemlah

2 COMMENT






tak senonoh lah aku ini. aku tatau nape aku suke sangat tengok mereka2 yang berasal dari negara Asia ni. haha. tak kesah ah orang nak kate ape. mereka tetap ensem dimataku. haha yang ni antaranya jer. banyak lagi ni. huwa huwa huwa
Free Music
Free Music
ekceli tadi baru je abeskan tengok cerita Crows Zero. kisah pelajar2 sekolah yang bercita2 untuk menguasai sekolah dengan cara bergaduh, bertumbuk dan tambah cari follower/ally. Takiya Genji (Shun Oguri-gambar ke4 dari atas), freshman yang baru masuk sekolah Suzuran mula bertindak mencari lawan yang kuat untuk berlawan. ketua, Tamao Serizawa (Takayuki Yamada) memang hebat. tapi ntah macam mana satu hari dia kalah ngan Genji. tapi aku pelik, dia still tak leh lawan junior, Megumi Hayashida a.k.a Rinda-man (Fumaki Motoki) sampailah mereka graduate. graduate? ye, graduate untuk menjadi seorang yakuza. mintak2 student aku tak tgk cerita ni. (tapi adik aku,17 yang promote. adoi) huhuhu. agak2 ade tak Crows Zero 3? huhu. best gak lagu dia:

myself
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez