9/30/2009

sabar

4 COMMENT
ya, hari ni aku berjaya habiskan satu novel bertajuk "pei pan". 'pei pan' adalah satu istilah dari bahasa Mandarin yang membawa maksud 'pengkhianatan'. oh ya, novel ni dah lama diterbitkan. biaselah, penulisnya mestilah Ramlee Awang Murshid. aku baru baca. tu pon sebab jumpa kat rumah Lis haritu. dapat aku tukar ngan cerita Anugerah Pertama. hehe.

cerita ni, best. dari awal kisah, aku dah tak sabar2 nak tau endingnya. walaupon bila sampai kat tengah2 novel tu aku dah dapat agak sape dalang utama untuk kes ni. tapi aku still seronok bace sebab En RAM susun plot ni dengan hebat sekali. ye, sangat hebat!

aku tersentuh bila dia tulis tentang quote dari Aristotle:
we will not get to where we are going if we have forgotten where we have come from.
mulanya, aku sangka dia nak ulas, erm... kalau kita lupa tentang masa lampau, mungkin sekarang kita sukar untuk kecapi sesuatu yang dikejar. rupanya dia ulas macam ni. simple n perkara ni selalu kita diingatkan; (ini ulasan aku, tapi adaptasi dari novel dia. hehe) Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. betul. kalau kita lupakan Allah, adakah kita akan kembali kepadaNya, sebagaimana Dia menciptakan kita? Dia menciptakan kita sesuci2 manusia, cukup sempurna, adakah kita akan pulang dengan suci dan sempurna tanpa sekelumit dosa? mustahil. tapi berdoalah, semoga kita ditempatkan bersama orang2 yang beriman. mesti ingat ayat ini:

Tuhanku, aku tidak layak ke syurgaMu. tapi aku tak sanggup ke nerakaMu. oleh itu kurniakanlah ampunan kepada ku, ampunkanlah dosaku. sesungguhnya, Engkaulah pengampun dosa2 besar.

ada lagi. dalam novel ni, aku rasa geram sangat. bayangkan, orang yang kita percaya sebagai sahabat sejati, senang susah diharungi bersama, tapi mengkhianati, menjatuhkan dan tikam bertubi2 dari belakang secara terang2an! rasa nak bunuh orang tu tak? watak Karim sangat penyabar. sikit pon tak berdendam dengan kawan baiknya walaupun dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, syarikat bangkrap, anak lelaki tunggalnya meninggal dunia, dia tempang, akhirnya Basri diberkas dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Allah Maha Adil. jagalah hubungan sesama manusia dengan baik. elakkan menipu kerana tipu itu adalah bapa kepada segala kejahatan di dunia. pesan ini khas untuk diri sendiri.

p/s:
1) nota di atas (text bawah header) juga diambil dari novel ini. hehe
2) sabar2..hahahaha~
myself

anda rasa?

3 COMMENT
hari ni, dalam kol 6.20pm, macam biasa aku sedang online. tiba2 aku rasa seluruh badan aku bergoyang2. pening! aku baring. tak mampu berfikir. lantas aku terus baring di atas katil. eh, takde la rasa pening sangat. aku berjalan ke dapur. minum air. kembali baring. yelah, mungkin agak penat mengajar hari ni. tapi aku tetap risau. aku ade penyakit pelik ker? pening sampai badan bergoyang2?

then, aku bosan baring, aku buka FB. ternampak post begini:

ADAKAH ANDA SEMUE meRASEi GEMPA BUMI SEBENTAR TADI!! TOING TOING TOING!! :-(


oh, bukan salah aku yang pening! terus aku ke ruang tamu, menukar rancangan 103 Astro. ya, ada gempa bumi berlaku di Sumatera. Innalillahiwainnailaihirajiun. sekali lagi bumi Indonesia di uji. Alhamdulillah aku di Malaysia yang aman, makmur, damai dan sejahtera.

bagaimanakah nasib mereka di sana?
myself

9/29/2009

Mr Brain

5 COMMENT
yeye. dah abes tonton drama best; Mr. Brain. dilakonkan oleh pelakon kegemaran aku: Takuya Kimura dan Mizushima Hiro desu~! banyak pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. salah satunya aku dah tulis disini

yang ke2, apabila seseorang itu berbohong, secara fizikalnya dia akan menoleh ke belah kanan atas. cuba berbohong dan rakamkannya. huhu. (aku telah buatnye pagi tadi. hehe)

ke3, selalulah bermain permainan minda. ini baik untuk perkembangan otak.

ke4, ada 2 jenis senyuman. yang pertama, apabila kita gembira atau geli hati, bahagian depan jantung kita akan bergetar, dan mengawal pergerakan otot di muka. maka itu adalah senyuman ikhlas. sekiranya kita buat2 senyum atau bahagian frontal mengalami masalah, maka senyuman itu di'arah'kan oleh otak kepada otot di muka supaya menarik kulit muka seolah2 kita sedang senyum.

cuba lakukan ini sambil tersenyum:
kita adalah kawan baik. aku harap kau dapat tolong aku. kalau kau khianati aku, aku akan bunuh kau.
anda akan dapat rasakan berlaku percanggahan diantara kesemulajadian otot muka dan arahan dari otak.

ke5, membuatkan aku berkobar2 nak sambung master. hurm. sumber inspirasi. maksud aku bukan Takuya atau Mizushima, tapi jalan cerita ni ye. huhuhu (ade sikit sebenarnye. isk2)

ke6, banyakkan makan pisang.

ke7, tontonlah sendiri drama ini. segala masalah akan dapat diselesaikan sekiranya otak kita berkembang dengan baik. terima kasih~

aaahh~ rasa nak tonton lagi sekali. oh ya, cerita ni ala2 cerita CSI tapi versi berteknologi canggih menyebabkan aku berkata "WOW~! hebat! sugoi desu ne~ omoshiroi!" dan berhumor sambil mengikhlaskan senyuman dibibir. wew~.
myself

selamat datang ke dunia~

2 COMMENT
Alhamdulillah semalam (tengah malam)
lahir seorang wira kedua di antara 4 srikandi kenit dalam keluarga aku
walaupun prosesnya tak secara semulajadi
tetapi kedua2 mereka selamat
syukur kepada Allah, doa kami semua untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dimakbulkan
berterima kasih kepada DR2 pakar serta kakitangan2 Hospital UKM yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan baik serta iringan iqamah, doa dan selawat merdu di alunkan
itu saja. harap maklum :D
myself

forwarding

0 COMMENT
Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa....


Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....


1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir......
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?


2.. ....Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex....
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......


3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....


4. .....Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.....
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..


5. .. Fun..

Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....


6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..
terutama dalam iklan...yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan.... Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......


7...Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.....
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu....
Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....


8.. .. Food..Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut....dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ...rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH............. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah.......


DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :

Surah Al Baqarah - Ayat 102


Anak2 pandai belajar :

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79


Anak2 lembut hati/ elak panas baran :

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah :

Surah Toha ayat 1-5


Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x


Untuk jadi pendinding rumah :

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah


1 minit untuk mengingat Allah


Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan


Langkah 3:


* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang
yang anda kasihi..


Hasil 1:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.


Hasil 2:

* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.


Hasil 3:

* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah
mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat
myself

ingin

2 COMMENT
tadi, aku di tag kat FB. salah satu soalannye ialah

23) saya betul2 inginkan

masa jawab soalan ni, aku sangat teringinkan

1) rumah. bukan calang2 rumah. aku nak rumah banglo, yang diperbuat dari kayu meranti atau cengal yang berkualiti tinggi. pastu ada sungai mengalir jernih kat depan rumah, dalam sikit ye, siap pakej air terjun sekali. keliling rumah pulak, ade pokok buah2an esp mangga ke, pisang ke, tembikai ker, rambutan ker. ape2 je lah. pastu, nak menarik lagi, letak la bunga misai kucing ker, bunga mawar ker, bunga tahi ayam pun buleh~ huhu. kalau duk rumah, boleh dengar bunyi burung berkicau, takde asap kereta ape lagi bunyi kenderaan kan. kalo ade pon, bunyi moto sendiri la. huhu. hurm, pastu pagi2 ada kabus. pehhh~! tak perlu kipas apetah lagi aircond. but the electricity n piping system must not be ignored la. hehehe. seronoknye berangan~!

2) meguasai bahasa2 yang ada seluruh dunia. adoi, Bahasa Melayu ngan Bahasa Inggeris ko pon berterabur, ade hati plak kan nak 'kuasai' semua bahasa. memang tak sedar diri la.

3) menurut Mahadir Lokman, cara kita nak kuasai sesutau bahasa, kita perlu berada sendiri di tempat orang menggunakan bahasa tersebut. maknanya, aku mahu menjelajah! ye! aku mahu menjelajah ke serata tempat. oi, Selangor pon tak abes jalan, nak gi serata tempat. piirah!

4) aku ingin semua di atas tercapai. :D
myself

9/28/2009

terkena

4 COMMENT
someone send me this:

n.u.r.a.i.n.i.h.u.d.a.......u like to work but always wanna break, u feel like u hv to equal up to people's standard, u r social butterfly, u can be very quiet when u hv somthng on ur mind, u always smiling and making others smile, u r not judgmental, but u have trouble trusting people

believe it or not?

myself

9/27/2009

happening

0 COMMENT
gryffindor vs ravenclaw... gryffindor!!!!!aja!

adoi, terjumpa lak gambar ni kat myspace. aku suka tym ni. mase tu tahun bila tah. kami g main bowling kat Skudai Prade. siap bahagi 2 kumpulan, gryffindor vs ravenclaw. tengoklah, semuanya gembira sampai gambar pon gegar2. hoho. uwaarrrggghhh rindu zaman ini!

futsal?menang?terer ker?good job team!

ini pulak, masa fist tym aku main futsal. mase tu, kawan aku M (belah kiri aku) yang ajak. takde keeper katenye. dengan tak malu aku pon main. dah la tak reti lagsung. mase tu baru blaja. tapi okelah, dapat no 2.
myself

a small truth makes your life 100%

0 COMMENT

if
A B C D E F G H I J K L M N O
P Q R S T U V W X Y Z
is equal to
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 1718 19 20 21 22
23 24 25 26
then hardwork=
H+A+R+D+W+O+R+K =
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
only

knowledge=
K+N+O+W+L+E+D+G+E=
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
only

love=
L+O+V+E=
12+15+22+5=54% only

luck=
L+U+C+K =
12+21+3+11 = 47% only
(don't most of us think this is most
important???)

then what makes 100% is it
money? ..... no
leadership? ...... no

every problem has a solution, only if
we perhaps change our attitude. to
go to the top, to that 100%.

what we really need to go further, a
bit more.......
attitude=
A+T+T+I+T+U+D+E =
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

it is our attitude towards life and
work that makes our life 100%


(^_^)


nota: terjumpa ini dalam myspace aku yang agak berabad tak bukak. tapi aku tgk last log in 20/9/2009. hurm~

myself

sinonim

0 COMMENT
babi!

respon
a) haah la.. babi hutan. lari~!
b) isk, jangan la sebut camtu. sopan la sikit.

buat respon b), dah namenye pon babi, takkan nak dipanggil khinzir atau kerbau pendek. kalau tak sopan, silalah buang perkataan babi itu dari kamus dewan. begitu juga dengan pig, buta (Jepun), oh ye, khinzir tu ialah babi dalam Bahasa Arab. dan hapuskan babi di muka bumi ini, maka tiada orang akan menyebut-nyebut namanya lagi.

juga selamat dari selesema babi dan Japanese Encephalitis!
myself

9/26/2009

kopi dan krim

3 COMMENT
krim, banyak gunanya. tapi krim tak boleh berdiri sendiri. setakat ni aku tak pernah dengar orang makan krim sahaja. selalunya orang makan aiskrim, roti berkrim, kopi, kek, dan yang agak hangat; susu lemak berkrim disukai ramai.
boleh je minum kopi tanpa krim, tapi tak semua orang suka macam tu. andaikan kita adalah krim, ketua/bos kita adalah kopi. tanpa kita, kopi takkan sedap. ingatlah bahawa kita adalah seseorang yang sangat berguna untuk masyarakat, agama dan bangsa.
myself

9/25/2009

kelakarkah

3 COMMENT
honestly, bab cerita2 kat tv, n ape2 entertainment yang ade ni, aku tak ikut sangat perkembangannya. dulu, masa undergrad, kawan2 aku suka tengok cerita reality show Korea esp We Got Married. kat situ la aku kenal Hyun Jung la, Hwang Bo la, ensobang la, Wondergirls n so on (aku tak tgk tapi hari2 deorang dok bercerita). malam2 kalau takde keje (berlambak tapi wat2 macam tgh free jer) kitorang berkumpul n menari sambil ikut rentak kumpulan2 dari korea plak. lagi2 lagu Nobody part "i want nobody2 but you!" sambil angkat kaki n hulur jari telunjuk dengan penuh seksi (masing2 takdelah seksi mane pon). ada lagi satu, menari dgn kerusi. sengales! boleh tontonnya DISINI (Embedding disabled by request)

bila dah grad ni, dok umah, kompom tv depan mata. tertonton pula reality show Korea kat KBSW. tajuknya Happy Together kalo tak silap la. ceritanya kelakar. mereka bahagikan kepada 2 kumpulan; kumpulan host n kumpulan tetamu. ada satu slot ni, mereka diberi kotak. dan mereka perlu bercerita berdasarkan isi kotak tersebut.

ada sorang perempuan ni dia dapat mp3. dia cerita la yang dia nampak hantu masa tgh dgr mp3 sambil tido. dia try to call her mom, but her voice never out that time. after that 'thing' disappear, she tried to listen back to her mp3, but there are no song in the mp3. she said that she kept about thousand favorite song there. on the next day, she check back the mp3, it still empty. maybe the 'ghost' delete it. hoho. then she throw the mp3 away coz she will remember the 'ghost' which bother her last night.

then, the other person want to share, not her's but her brother's experience. one day, they (her brother and friends) going to climb a hill. during night they stop at an empty house or something like chalet or any kind of building. dun mind lah since they can stay during night. hoho. to make up a story, in that building, there are no electricity. so they use torchlight and suddenly they found portraits hanging on the wall. they think, maybe that portraits are the owner or peoples who belongs or related to the house. they did not just see the potraits, but they did laugh, oh look, their face are funny. here and there. next morning, the brother woke up late. he heard that one of his friend was fainted. you know what, the wall was made up from GLASS SLIDING DOOR. bhooooooooootttttttttttt~~~~~~~

myself

9/23/2009

malang tak berbau

2 COMMENT
semalam, cuaca sangat panas. semasa perjalanan ke kl aku bace paper Metro (lagi) dalam kereta. muka depannya mengisahkan tentang seorang abang yang berusia tujuh tahun menjerit2 meminta kereta yang menyeret adiknya, 5 tahun untuk berhenti. aku dapat membayangkan betapa tragis dan sedihnya kejadian tu. yelah, melihat seseorang di'bunuh' di depan mata walaupun perkara itu boleh diklasifikasikan sebagai 'tak sengaja' oleh pemandu tu. kemudian, aku berbual dengan adik aku tentangnya, sambil aku duduk menghadap kanan jalanraya. ketika itu, ayah memandu perlahan di lorong tengah sebab lampu isyarat dah merah dan dari jauh ayah dah start brek. tiba-tiba aku terdengar 'streeeeecccchhhh......... streeeeeeeeccccchhhh'

'eh! eh! eh!' tu je yang aku mampu cakap smbil menunding ke arah kereta Merce yang meluncur laju di sebelah kanan jalan. BOM! Mercedes itu telah melanggar pungkok Saga baru di depannya. Saga baru tu melantun kedepan (sikit, tapi nampak la terhenjut. huhu) . kebetulan ayah aku yang memandu perlahan itu telah memberi ruang kepada Saga baru itu untuk beralih ke kiri jalan. aku dapat lihat betapa pemandu Merce itu (rupa dia ala2 Mamak) kelihatan sangat cuak. muka macam nak muntah jer. kalo toreh pisau kat muka konpom takde darah yang mengalir. lawak sangat muka dia(walaupon kesian bila mengira2 kerugian yang bakal dia tanggung). orang sebelah dia, muka cam Cina. rilex jer. letak tangan kat belakang kepala sambil menoleh ke arah kami seolah2 tiada apa yang berlaku kepada mereka. ape yang aku perhatikan, mereka dalam Merce tu nak g beraya kot. 2-2 pakai baju Melayu. huhu
hairan tetapi benar. Saga tadi hanya calar tetapi Merce tersebut pecah di cermin. bumper jatuh sikit. boleh tahan kereta Malaysia ni.

myself

i want it!

0 COMMENT
semalam baca akhbar metro. ternampak iklan karnival futsal i-metro zon tengah. uwaaaaaaaaaaaaaaa nak main. nak main. nak main. ada team memerlukan keeper? please~

myself

9/22/2009

mengabadikan

2 COMMENT
aku rasa nak delete semua mesej dalam inbox henpon. yelah, henpon tak canggih mane maka inboxku telah penuh. setiap masa kene pikir2 ape yang aku nak delete. jadi aku akan abadikannya disini.

Walau Langkah Tak Bertemu,Tangan Tak Berjabat,Ucap Tak Terdengar,Mata Tak Bertatap, Tapi Izinkan Hati Memohon Maaf,ZahiR & Batin..SALAM AiDiLfitRi..

Selamat hari raya aifilfitri. Maaf zahir dan batin. Ikhlas dari nadiahusin

Slm.. Selamat Menyambut Aidilfitri..mohon ampun & maaf jika ada salah& silap..Smg gembira slalo..Pogoshippoyo(miss u all) ..ayien

Salam Aidilfitri Maap Zahir dan Batin ikhlas dr saifulfaizee..selamat ari lebaran sume..

Selamat hari raya Aidilfitri..maaf zahir batin..semoga aidilfitri ini membawa seribu erti buat kita..ikhlas,wawa. (sebenarnye sender adalah Emy kawan netball, tapi mungkin dia tak tukar dulu sebelum hantar. hihi)

Korg..slmt hr ry..maaf zahir batin.. Minta dhalalkn r mkn minum ak,ilmu yg dkongsi kt ak,duit minyk,duit tol or ap2 jns duit r yg ak tlupa nk byr ke(klu ad bgthu tau hee), tlebih byr ke n tkurang byr.. (Lis)

Akal kdg2 salah m'tafsir,mata kdg2 salah melihat, mulut kdg2 lebih berkata,hati kdg2 slh menduga,krn i2 maaf dipohon,selamat hari raya,'Y benar norsyazwani >_<'

Selamat hari raya aidilfitri.m0h0n maaf ats sume kslhn.maaf dipinta ikhlas dr hati, bkn sekadar mengucapkan ucapan.m0ga b'bahagia dhari rya..-(",)/- mira sahar

Walau Langkah Tak Bertemu,Tangan Tak Berjabat,Ucap Tak Terdengar,Mata Tak Bertatap, Tapi Izinkan Hati Memohon Maaf Atas Segala Slh & Silap.Slmt Hari Raya Aidilfitri,Maaf ZahiR Dan Batin..dr aizuuddin&keluarga~:-) (aku tak sure siapakah beliau. huhu)

Seblum sampai ke pnghujung Ra'dan; Sebelum terlupa hajat nak dismpaikan, Seblum orang berpusu2 nak hantar ucapan; Dan seblum network line trafik Jam...!
D* some text missing * (alahai kasihan, mesejnya tak kesampaian..Ena yang bagi ni)

TaKbiR BrGema mErCuN bRbunNyi,iTuLh tNdE rYe tiBe Lgi, sALah daN siLaP hrP dMaaFi, dr uJung kPaLE kE uJuNG kKi.SlaMat aRi raYE AidiLfitRi -dr amy@lyanaMardhiah;)

Ramadhan b'lalu Syawal m'jelma, Takbir b'gema m'gegar jiwa, Ampun dan maaf b'sama dipinta,Moga silaturrahim kekal selamanya..
Salam aiDiLFiTRi
-eja-

Hello,ape khabar?wish u selamat hari raya aidilfitri...keep in touch..;-) (Kim Soon)

Posto...Posto...
Kad Raye smpai
(ada gambar sampul kad)
buka la!!
$Lmt Hari Raye
A!D!LF!tR! Maaf ZaH!rBat!N...-niza

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin (yg ni aku tak tau sapa tuannye. huhu)

pantun (edisi apek)
hali laya sula mali,baju laya 1 loli,1tawun 1 kali,gua mikin silap gua vely soli maa.... Celamathali laya alil fitri, soli zahir dan batin (Fiza JPB)

Sempena lebaran yg bakal menjelma,sy menyusun 10 jari memohon kemaafan atas keterlanjuran kata dan perbuatan.selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf zahir batin -hafiz mokhtar,mpputm-

ada ketika mata silap mmandang,telinga slh m'dgr,lidah t'lanjur b'kata,fikiran khilaf menafsir & hati silap m'duga.mohon maaf atas sgalanya & salam aidilfitri.
-alia/yot

em..Jauh ni!
Camne ek?
Try jerit ajela..
$lamat Hari RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN..;-)
Ciput@shaliza

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...;-) (yang ni pon tak tau sape. tu la tak save no lagi)

salam ramadhan.. semoga dilimpahi rahmat & hidayah Allah slalu!
Frm Nadia;-)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Mengerakan Ibadah Puasa. Semoga segala ibadah & amalan dilimpahi rahmat & diberkati Allah swt...ayien :p

For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes u can't take, for advice u can't accept & for attitudes u can't compromise....
1001 apoligies from the deepest of my heart!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. (Zuli)

Salam aidilfitri.
Maafkan kalo ade slh n clap. Halalkan ape2 kalo penah t'ambl. Maaf zahir batin. Nazurah

Salam idul fitri,slamat ari raya maaf zahir n batin.Smoga ibadah kita semua dibln ramadhan ditrima Allah sWT.Ikhlas dari Ismail Ahmad.Jmpt dtg raya kat umah

>Bicara kadang2 tak t'jaga..
>janji kadang2 t'abai..
>hati kadang2 b'prasangka..
>sikap kadang2menyakitkan..
Hdp ini m'jadi terlalu indah jika msh ada rasa kemaafan sesama kita,.@.. Selamat hari raya aidil fitri.. maaf, zahir & batin (Liza)

Andai terlanjur sikap dan kata, mohon di maaf utk segala, salamlebaran di syawal mulia, moga ikatan sentiasa terpelihara.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN - ikhlas dri Aily

Salam aidilfitri...slmt hr rye! Mohon maaf zahir batin dn halalkn mkn minum..Smoga kte sume drahmati ALLAH..-Jannah Mahmood-

lapar puasa terketar2,
bila berbuka lega rasanya,
kad raya tak sempat nak hantar,
cara sms pun dah kira ok lah ye..! (Leih)

SELAMAT 'IDUL FITHRI 1 SYAWAL 1430 H. MOHON MAAF LAHIR & BATIN (dari Raihanah) (dia ade bagi sesuatu tapi takleh baca kat henpon aku) m0ga ramadhan y brlalu ini membuahkan akhlaq y mulia dan taqwa kpada 4JJ1 insyaALLAH

selamat hari raya saya ucapkan..jika ada salah & silap harap dimaafkan..halalkan makan & minum..ceria ceria slalu..;-) >~nadia~<
myself

lambat~

0 COMMENT
Ahad. Felda Hutan Percha, Melaka
pagi: Yot mesej suruh beli paper Metro Ahad sebab program kami, Program Mesra Komuniti Briotlagend masuk paper. okeyh, semat dalam minda. jap gi nak g cari.
petang: on da way g Muar,singgah Petronas.
"kak, Metro takde ker?"
"Habis la dik." Yang ada hanya Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. lari gi kedai sebelah. "kak, paper ade?"
"takde la dik"
isk..pujuk hati, takpelah, mungkin sikit je kot slot untuk program tu.


Isnin. Muar, Johor.
kami konvoi beraya rumah Mak Anjang. "Huda, meh sini. cuba tengok ni" Ayah panggil. ape la yang dia nak tunjuk tu. "ni ha. program yang kamu pergi tu ker?"

huwaaaaa~! tak sangke. 2 muka surat. di tambah dengan profile Yot n Ain kat sebelah tu tak mo kalah! huhuhuhu. semua orang kat umah Mak Anjang bergilir2 nak bace paper tu. huhu. "manenye ko ni Huda?"
patutla takde orang mesej aku, rupenye muka aku sentiasa tersorok. cesss. takpe, yang penting mereka, orang2 Kampung Ulu Badong dapat beraya sakan tahun ni. yeah~!p/s: terima kasih kepada Komuniti Briot kerana mengupload gambar ini~
myself

9/20/2009

Happy Birthday to Both of You

1 COMMENT
wah2 berderet nampaknye. semalam (19/9) birthday kakak aku, Khairunnisa.

hari ni, 1 Syawal, birthday sepupu aku, Iman Nur Maira. nah, terimalah walaupon korang tak tau pasal blog ni ye


Birthday Music
New Graphics




Semoga panjang umur, murah rezeki (boleh belanje aku selalu), dan mencapai segala yang diimpikan~

myself

9/19/2009

sekarang

1 COMMENT
aku sekarang berada di kampung -> Felda Hutan Percha. ditengah2 ruang tamu, depan tv sambil menguyah kerepek maruku yang auntie jen bawak. semua orang berada dikeliling aku sambil berbual2 dan bergosip (tapi tak menghiraukan aku ditengah2) setelah penat lelah mengemas rumah yang dipenuhi tahi cicak dan tahi tikus, memasak nasi goreng dan juga sayur untuk juadah berbuka puasa.

Huda masak naked fried rice. hohoho. lantak la, lauk kan banyak. hahaha. kala ini aku online sebab anak2 buah aku ikut atok din (pakcik aku) ke Melaka. aman sket aku nak dok tengah2 alam ni. hehe

itu saja, mau sambung bergosip bersama sedare mare~

myself

9/18/2009

selamat bersahur semua

3 COMMENT
tak sedar pon, esok hari terakhir kita berpuasa kan. semalam aku tido awal, maka pagi ni aku sahur awal sebab dah terjaga awal. jalan2 tengok blog orang, terjumpa satu tutorial menarik; memasang emoticon pada comment. huhu. cara gunanya ialah dengan menaipkan code yang ada di sebelah emoticon masing2 ye kawan2. dan juga, tanda titik 2 bertindih (:) itu penting untuk diletakkan bersama. selamat mencuba~
myself

9/17/2009

Selamat Hari Raya semua

5 COMMENT
bukak email, dapat macam ni (yang bold tu jer, yang laen aku tambah. hehe):

Assalamualaikum.....

Anak ayam curi ketupat,
kena kejar terlompat2,
nak pos kad raya dah terlambat,
EMAIL je lah yang paling cepat
(alasan je ni. padahal kalo nak g beraye tu, sebulan pon boleh)

Kura-kura bjalan lmbat,
Anak kera m’lompat2
KAD RAYA nak hantar tak tahu alamat,
cara Email p0n dah kira selamat
(pon alasan jugak. mane tahu selamat? entah2 masuk spam. tak pon email add tu salah or orang tu setaun sekali bukak email. huhu)

Anak udang si anak ikan,
dalam air main bersama,
salam dihulur mohon kemaafan,
sempena syawal yg bkl m’jelma.
(tu la manusia, bila Syawal baru sebok2 nak mintak maaf. padahal hari2 lain pon boleh mintak maaf gak)

Email dihantar pganti diri tnda ingatan d Aidifitri(^_^)
Salam Aidilfitri.. sambutlah dgn rasa kesyukurn,
moga prshbtn yg trjalin kekal brpnjgn.. Maaf Zahir & Batin… (^_^)
(bila zaman dah moden ni, nak jumpa pon payah. pakai email jer. kalo pemurah sket, call/sms/mms. tapi kalo cara ni boleh kekalkan persahabatan, ape salahnye kan. huhu)
myself

aiseh, tak balas lagi daa

0 COMMENT
mula2 pasal utmkl. bukan aku intai la. ko mesti tak ingat struktur bilik tu. isk2. dalam tolet tu kan ade shower ngan toilet. share ngan bilik sebelah. aku silap cakap, yang takleh tutup tu bukan shower, tapi toliet's main door. takpe2, nanti ko leh la g utmkl balik tgk2 ye. hehe
lagi satu mase kite hantar team sendiri tuh. sis memang macam mak2 la. aku tak tahan ko terus telangkupkan henpon bajet sis tak nampak lampu kat tepi2 henpon tu. aku pon pura2 tido gak aa. tak pasal2 plak nanti aku yang kene pijak. dah la kite punye position terbalik ngan diorang. huhu

wah2, pasal Andrew aku memang tak tahu ape2. completely zero. huhu. (tau jugak ko pasal dia kan. LOL~) tapi kalo sebut pasal sebok2 suh orang laen tgk tu, aku tau la ade orang tu. tapi tak ingat rupenye cenggane. hehe

tu la. aku sekarang ni pon nak g memane sorang2 jer. sian aku kan. huhu. kalo nak jalan ngan orang lain, possibility nak wat keje gile tu amatlah rendah. ape lagi main futsal. huhu. tu la ko, aku ajak ko ikut aku ko tak mau. hehe

ah perut tu, cerita takkan abes la kalo nak cerita pasal dia. yang pasti, kebongekan tu memang untuk dia. tapi aku rindu la nak korang open table. hehe dats ol~

eh2, tetiba teringat ada satu perkara yang patut aku ulas balik, iaitu entry ini. hehe poyo jer.

bukan aku ngan Ayien la. ko mesti dah lupa yang ko propose dia kat Sogo depan kedai apentah tuh? isk isk isk. sebenarnye bukan ko curang kat aku ker tym tuh? haiz~ Sis n K ida boleh menjadi saksi. lalalalala. bila la nak dapat duit 1k ni?
myself

cikgu

0 COMMENT
yeye, ni salah satu keseronokan jadi cikgu sekolah. waktu kerja 7.20am-1pm (bulan puasa, kalo x bulan puasa 7.20am-1.45pm). ha, waktu kerja pulak bukan sepanjang mase kene ajar. tengok la, kalo ade kelas, g lah, kalo tak, leh lepak2 kat bilik guru sambil tido. lagi2 aku keje ni tym pekse. peh, rehat semate2. kalo nak balik umah pon, bukan ade orang nak halang. huhu. tengahari dah leh lepak2 kat rumah. kalo cuti sekolah, cikgu pon leh cuti jugak. xde assignment nak bawak balik since aku ni cikgu ganti jer kan. ape lagi ek? gaji guru ganti ni pon lumayan jugak. walaupon semua orang cakap kat aku gaji masuk lambat, tapi okelah dari takde duit langsung kan. macam tak biase plak gaji masuk lambat. hahaha. selain dapat duit, dapat pahala. yelah, aku mendidik manusia untuk berjaya.

masih berfikir, adakah aku patut teruskan kerjaya ini atau tidak. boleh bantu saya? aku tak reti bila berhadapan ngan pelajar tak bermoral. adoi~
myself

birthday lagi

1 COMMENT
kali ni untuk Zuli plak. same la ngan kawan aku 2 orang b4 ni. aku lupa. oke. lagi sekali aku lupa. hahaha. mintak maaf ye.


apepon, selamat maju jaya~
myself

9/16/2009

kepada Mardhiah Zaaba dan Jannah Mahmood

0 COMMENT

walaupon agak lambat (honestly almost forget)
terimalah~ ngee (rasenye mereka tak bace ni.hoho)
myself

kenangan dulu~

0 COMMENT
bila nak raya ni teringat mase zaman kanak2, yang mana setiap kali raya, aku mesti kene g hospital. kenape eks? ini ape yang aku ingat la~

darjah 5:
mase tu, kat sekolah agama. selalunye, ade orang jemput aku. erm, camne nak cerita ek? oke, kalo nak g sekolah, mak aku hantar aku n sorang budak laki ni (jiran-afiq), bila balik mak/ayah dia pulak jemput. mak/ayah dia selalu amek kitorang lambat. then, ade la 4 orang budak perempuan yang parents dia tak jemput lagi. so, kitorang pon main la permainan "tiang". mainan tu dimainka oleh 5 orang, sorang duduk kat tengah, lagi 4 pegang tiang (tiang ade 4 jer, berbentuk segi4) . peraturannye, orang tengah tu kene rebut tiang, orang yang pegang tiang tu plak kene bertukar2 tiang sesame mereka. nak jadikan cerita, satu petang, greedy nak rebut tiang, aku terlajak. jari kelengkeng aku dapat touch tiang secara kasar sekali. seronok pny pasal, kitorang still main sampailah salah sorang terpaksa balik. bila balik tu, nak bukak pintu kereta, tak boleh. sakit sgt. sampai umah, tunjuk kat ayah. mase tu dah kol 6ptg. ayah suruh gerak2kan jari, tak boleh. aya suh g tukar baju, nak g spital. tapi mase tu ade cerita menarik kat tv. aku tgk dgn leka, last2 g spital naik moto ngan baju skolah. mase tu g HBKL. dr x-ray : retak. hoho. bila raya, semua orang ingat aku main mercun. ye a, tangan berbalut. makcik aku cakap: nasib baik tak hantuk kepala kan?. huh!

darjah 6:
mase tu, bulan puasa tym cuti sekolah raseye. jadi, aku ni kalo cuti sekolah tak pernah nye nak duk umah semate. kebetulan, mase tu roller blade tgh nak pemes. tambah plak jiran sebelah umah ade kasut lebih, dia bagi la aku pinjam. tengah2 hari buta aku main. seronok2 main, mase kat bumper kot, kaki kanan aku terpeleot. maka hari raya kau tempang la wahai Huda.

form 1:
aku ni kuat makan. tgk body pon tau. bila raya, mesti lah menziarahi semua jiran + sanak sedare. kat kg ayah aku tu, jiran2nye bukan orang lain. sedara2 atok aku jugak. satu malam aku rase nak demam. perut mual. family aku g jalan beraya, aku sorang tido kat bilik. pening sangat. pastu, kat luar rumah atok aku tu, parit. aku yang mual terus g muntah2 kat situ. senang kan? tak payah nak cuci balik. hehe. esoknye, g spital. teringat lak kat mamat india eksiden moto langgar lembu. huhu. the main point lepas kejadian itu, aku dah tak berapa makan kuih raye sampai sekarang~ paham2 je la ye. hehe

form 2:
satu malam, aku melombong telinga. dapat pulak adik yang baru nak kenal dunia. mase tu baru je darjah 2. dia tgk macam seronok jer. aku tak bagi la. nak wat ape. sendiri buat pon boleh kan. merengek2 nak tolong. aku pon sengal, bagi la. ntah macam mane, dia tercucuk telinga aku. sakit woooo. op kos la berdarah. huhu. g spital, dr bagi ubat. pedih gile babeng ubat tu!

tahun 4 UTM:
huhu.. aku kene sakit yang paling dahsyat la seumur hidup aku. tak pernah2 hospitalized. mase ni raye ke3 ke ke4 ntah. aku kene denggi. rasenye kene gigit kat UTM. sebab mase tu ponteng kelas pengurusan (padan muka), wat asemen apentah ramai2 kat bilik aku. tetiba kene gigit nyamuk (pelik sbb tengahari buta ade aedes ker?) terus bengkak mengalakan duit 50sen, pedih dan sangat gatal. seminggu lepas tu, raya. mase tu kat kampung, tetibe rase pening sangat. tido, tak larat nak bangun. otw balik kl, singgah la umah sedare2. sepanjang jalan dok dalam kete jer. singgah umah sedare pon tak kuar kete. tido.sampai umah dalam kol 10pm, tak dapat tido. meracau jer mane nak lena. ayah aku letih drive sepanjang hari. kol 11 mak aku bawak g spital selayang. kol 12 lebih2 baru dapat jpe dr. dr sorang je mase tu, orang ramai pulak. dr kate takde ape2. kene enjet kat pungkok sbb sakit pinggang. xray, xde ape2. tapi apesal sakit? esoknye pon tak elok. lusa, aku muntah, terus rase tak pening. mak aku cakap, itu tande denggi. pusrawi, kene tahan wad. mase tu platelet start turun. huhu. seminggu yang bosan dalam wad.

tu je la yang aku ingat. yang lain2 tu dah terlupa. tu la banyak sangat dosa, Tuhan nak tunjuk. huhu. untuk raya kali ini, harap2 tak de ape2.

sekian,
myself

9/15/2009

pulih

0 COMMENT
jam kat laptop dah oke. kalo tak, macam jam abes bateri. cthnye off laptop kol 3 pm, bila on pagi esok, dia still 3pm, sampai la tutup laptop balik pon still 3pm. ade la jugak berubah ke 3.01pm kan. tapi sekarang, dah pulih~ yay!
myself

makan gaji buta kah?

3 COMMENT
bila aku masuk ke kelas, itulah. budak2 zaman sekarang (tak tau la zaman dulu macam mane sebab aku tak pernah wat camtu) bila ditegur melawan. menengking. maki hamun aku. tak semua lah macam tu. sorang dua jer.

aku? aku wat tak tau jer. tak kuase aku nak feeling2 ngan budak2 tak tahu nak berfikir n menghormati orang lain. tapi, ada kemungkinan kah aku akan di soal di Akhirat? cuma aku mampu berdoa jer la semoga mereka berubah, tak hari ni, esok, lusa, tulat atau hari2 lain. wallahualam
myself

9/14/2009

tolonglah..pleaselah

7 COMMENT
aku sangat letih. hari ni aku ade 2 kelas jer. nasib baik kelas ke4 dan ke6 jer. esok aku ade kelas hujung tingkatan 3 dan 4. aku kene bersedia dari segi mental. bukan mendiskriminasi kerana mereka tak pandai, tetapi kerana mereka punya perangai mengalahkan aku mase zaman sekolah dolu2.

ade lagi satu. institusi yang boleh dikatekan top di Malaysia yang masih memegang gaji bulan 8 aku. takpelah. asalkan mereka telah bagi gaji bulan 7 aku TADI.

okelah sangat mengantok dan banyak lagi nak ditulis tapi rase macam keyboard ni dah melayang2 dan skrin rosak serta tulisannya menjadi berlapis2.
myself

9/13/2009

allouette

4 COMMENT
tadi tengah2 surfing internet, tetibe terkenang kat satu lagu mase zaman sekolah rendah. lagu ni, cikgu english yang ajar. dia suruh hafal plak tu. kalau lagu english jugak takpe, tapi lagu france. sape2 yang pernah dengar aku memekak lagu ni, tau la kut. hehe


ni lirik translationnye:
Lark, nice Alouette Lark I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark
I will pluck you
I will pluck you the head
I will pluck you the head
And the head, and the head Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you
I will pluck you the nose
I will pluck you the nose
And the nose, and the nose Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you
I will pluck you the eyes
I will pluck you the eyes
And the eyes, and the eyes Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you
I will pluck you the neck
I will pluck you the neck
And the neck, and the neck Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you
I will pluck you the wings
I will pluck you the wings
And the wings, and the wings Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark I will pluck you
Alouette, nice Alouette Lark
I will pluck you
I will pluck you the back
I will pluck you the back
And the back, and the back Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark
I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark
I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark
I will pluck you
I will pluck you the legs
I will pluck you the legs
And the legs, and the legs Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark
I will pluck you Lark,
nice Alouette Lark
I will pluck you Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you
I will pluck you the tail
I will pluck you the tail
And the tail, and the tail Alouette,
Alouette O-o-o-o-oh Alouette,
nice Alouette Lark I will pluck you
myself

9/11/2009

award

3 COMMENT

5 fakta pemberi award :

:..Nama die Ulie..:
:..kenal tym kat BRIOT..:
:..Same department in prefect (budak PA)..:
:..dia dah kawen..:
:..tengah tunggu rezeki baru =D ..:
:....:


:p10 fakta diri sendiri :

:..anak ke4 yang baik..hehe..:
:..suke tgk cerita Jepun/thriller..:
:..tak suka jogging..:
:..tapi suka bersukan kalau ade tonemen/kawan..:
:..tak suke g shopping complex kalo takde tujuan..:
:..Suke lepak kedai buku. tak tau kenape..:
:..sedang menguruskan diri (ada 2 maksud tu)..:
:..tak pandai berbisnes. slalu mak aku jualkan, aku supply barang. hehehe..:
:..banyak cakap kalo aku rapat ngan orang tu. tapi sekarag kene banyak cakap sebab dapat title cikgu..:
:..suka mengarut tapi tak suka mencarut..:


beri award pada 10 orang dan describe mereka

Liza si kucen: tak berapa suka kucing tapi ala2 kucing
Yot: sebab dia bongek. suka pakai kasut sebelah lain2
Huda: kawan mase f1f2. tak pernah bersua muka sejak ujung taun f2. tapi still keep in touch. huhuhu
Mardotti: x-tutor kat matrix. sangat rock!
Anis: padan muka aku tag ko gak. hahaha
Siti: aku 'fan' dia espeseli tym iklan. hehe
Zuba: aku suka tym dia menyanyi. hewhew
Zuli: junior yang entahapehapentah
k Naemah: suka buli aku kat lab
Wani: nanti dah g obersi jangan lupakan aku ye~

huhu~
myself

9/10/2009

terima kasih daun keladi

0 COMMENT
1. ibu dan bapa saya kerana sudi dan sanggup menghantar saya ke Johor.

2. Liza kerana sudi menjemput saya tengah2 malam dan menumpangkan saya semalaman. juga sanggup melayan kerenah saya malam itu. bukan senang untuk saya melakukan sesuatu yang flirt2 ni. saya rasa gembira. menunggu saya sehingga petang, tetapi saya dilarikan oleh rakan2 yang lain. mintak maaf.

3. Pak Eko kerana sudi membantu saya sebagai seorang supervisor.

4. gAre kerana banyak membantu saya menyiapkan proposal pada hari itu juga, menggunakan toiletries (betulke eje?), tudung, bergembira, menggunakan skuter, dan tido semalaman.

5. orang depan bilik gAre kerana sudi meminjamkan baju kepada saya.

6. Pika dan Mahani kerana sudi membawa saya berjalan2 dan bergembira.

7. Nazri kerana sudi membelanja saya dan rakan2 lain makan berbuka puasa. sangat surprise sebab last minute baru dapat tau ini serius. moga dimurahkan rezeki.

8. Ayien kerana sudi meminjamkan baju kepada saya. juga sentiasa update keadaan saya sepanjang malam. =D

9. Ekin kerana sudi meminjamkan charger kepada saya.

10. dan rakan2 yang lain yang tak tersebut namanya kerana sudi berbual2 dengan saya.

really appreciate it. sorry sebab tak leh lelame kat sane. rase nak dok lepak ngan semua orang jer. huhuhu
myself

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki

0 COMMENT
satu pagi,

Huda, ko lom keje kan? aku tgh cari orang ni untuk keje promoter kat jw Marriot. keje 3 hari sehari rm 90. ko nak tak?

Assalamualaikum, boleh saya bercakap dgn cik Nuraini Huda. saya XXX dari Fitness First XXX. awak dapat tiket untuk program kami percuma seminggu. awak boleh datang la kat sini. blalalalala~

oke lah. petang tu aku kene datang opis dia interview n so on. aku pk, jumaat sampai ahad ni aku tak duk umah sesaje.

lepas tu, aku nak g Fitness First. menarik, tapi takde duit. so aku cakap, lepas raye la aku gune tiket tuh. hehehe~

oh ye, b4 ke Subang Jaya, aku tukar baju dulu. ye la, akak tu suruh pakai pakaian sukan. mase interview, of course la formal kan. huhu. then ade 2 misscall. tergerak nak call orang tu balik.

...., saya Nuraini Huda.
owh, esok ade interview kat UTM. awak nak datang? (sekarang jam 4.30 pm, KL)
eh? untuk jawatan ape?
tutor. awak boleh datang?
kul bape?
9 pagi
hah? boleh la.

hurm. aku tak expect tinggi sangat untuk jawatan ni. alang2 nak jumpa Pak Eko, aku setuju je la~ Alhamdulillah Pak Eko sudi membantu aku untuk wat proposal untuk aku further study.

esoknya:
Huda, ingat tau esok blalalalalala.
eh, bukan hari Jumaat ker? ko jangan main gile. aku kat JB ni.
wei, ko salah dengar ni. blalalalalala

aku terlepas pekerjaan promoter tu. orang tu nak orang yang sama sepanjang event. so, aku memang takleh join la. takpelah. ada hikmah disebaliknye.

hari ni:
...., saya dari SMKXX, nak tanya, awak boleh tak jadi guru ganti xxxx
erm, boleh2. bila start? saya ajar subjek ape? tingkatan berapa? xxxxx
xxxx...esok awak boleh datang? start esok la ye~

hehe. esok, aku seorang cikgu ganti selama 28 hari. doakan kejayaan interview dan proposal saye. terima kasih~
myself

9/07/2009

Mei chan no Shitsuji

0 COMMENT
yuhooo~ baru je abeskan tgk cerita ni. jgn salah paham ye, bukan Mei chan punya "tahi", tapi Mei chan punya Butler. mula2 aku tengok agak geli la sebab ceritanya macam untuk perempuan gedik. tapi bila dah tgk, hasilnya begini:

1. Mei adalah successor kepada sebuah keluarga yang sangat kaya. dia tahu selepas kematian kedua ibu bapanya, selepas kedatangan butlernya untuk membawanya ke sekolah bernama St Lucia. kat sekolah tu, setiap perempuan akan mendapat seorang butler, supaya mereka menjadi wanita terbaikla. setiap pergerakan perempuan2 itu, butler mereka mesti ada disisi setiap masa.

2. Lucia (Shiori) adalah anak angkat keluarga kaya tersebut sejak kecil. sejak Mei masuk sekolah tu, dia akan buat apa saja supaya Mei akan keluar dari sekolah tu. sebab? mestilah nak jadi successor utk keluarga kaya tu.

3. Rihito adalah seorang Butler yang ensem, S-rank butler, hebat, mantap, semuanya dia lah yang menjadi rebutan gadis2 kat sekolah tu esp Lucia-sama. tapi, Rihito prefer lagi untuk serve Mei daripada lucia yang bongkak tu.

macam2 la cerita dalam ni sampai semua orang tahu yang segala tragedi kat sekolah tu, Lucia dalangnye. apepon, ade pengajaran yang aku nak share kat sini:

1. apa yang kita nampak bukanlah untuk apa yang kita dengar.

contoh: dua orang sedang berbual tanpa menyedari kehadiran kita. sedang kita tengok, datang si C berkata: lihat, mereka memerlukan antara satu sama lain. sejak kehadiran ko, si A telah jatuh sakit bukan fizikal, tetapi mentailiti manakala si B pula terpaksa bersama kamu.
padahal, itu adalah perkara yang dirancang si A. jahat tol.

2. berusaha sehingga keakhirnya

dalam cerita ni, semuanya pasal usaha membawa kejayaan. tak kira lah susah mana pon bende tu, kalau kita buat bersungguh2, kejayaan tu adalah perkara yang tak mustahil untuk dikecapi. kerjasama pon sangat penting meh~

3. jangan menyimpan dendam

kat sekolah tu, Mei selalu kene 'stab back' oleh classmate dia. tapi walaupon dia tahu siapa yang buat semua tu mesti dia maafkan orang2 tu. walaupun sejahat2 seseorang kat kita, dia still manusia yang banyak buat kesilapan kan. kita pon tak terkecuali~

last but not least:

MIZUSHIMA HIRO SANGAT ENSEM~ eeewww~
"I will be your sword to fight and your shield to protect"

dung! (Huda sudah pengsan)
myself

9/06/2009

hari yang berwarna warni

0 COMMENT
aku sedang memotong sesuatu yang telah digoreng untuk buat pecal. tiba2,
makteh, buat ape tuh?
masak~ nak rase. nah
sedap?
ooo roti canai rupenye..
eh?
roti canai versi anak buah aku

makteh, ni perasa eh?
haah
makteh tau nenek shida. kat rumah dia ade perasa makanan.
oo (tk tau pon siape nenek shida)
makteh, kat rumah nenek shida ade perase makanan.
iye..haah~

makteh, hari tu kitorang pergi rumah tok wan
pastu?
pastu kitorang pergi umah tok wan
ye la. lepas tu?
lepas tu, kitorang pergi rumah tok wan. kat jalan kuching. jauh. tapi sekarang tak jauh dah. dah jadi dekat
(apekah?) ooo lepas tu ade ape?
tak de ape2. kitorang g umah tok wan je.
...

kakak: makteh tgh buat ape?
adik: makteh ngah wat pe?
tumbuk bwg. jauh sikit. nanti pedih mate

kakak: nak tengok. nak tengok
adik: nak tengok. nak tengok
jgn... (sambil menangis. mereka hanya TERSENYUM meihat bawang yang ditumbuk!)

makteh, kakak ngan umi kat atas ker?
tak lah. diorang kat depan tu
makteh, kakak ngan umi kat atas ker?
tak. diorang ade kat depan. g depan.
makteh, kakak ngan umi kat atas ker?
(sabar Huda) kat depan dengan abah. g la tgk kat depan
makteh, kakak ngan umi kat atas ker?
haah
ok
???

Huda, gula mane?
cari la kat situ. aku tak pernah pakai gula
ok

umi, nak air..
masam

seminit sebelum waktu berbuka: makteh, nak air.
sedap?
sedap (sambil mengerutkan muka)

waktu berbuka:
uwekkkk~ air ni bukan masam! masin! kami sekeluarga kerugian 2 balang air. sebalang air sirap selasih dan sebalang koktel. T_T

di bilik aku
makteh, ni ape? (aku tak tgk pon ape yg dia tny)
makteh, kenape patung ni pakai topi?
makteh, ini tempat letak kertas ye? (printer)
makteh, kakak nak tengok upin ngan ipin dalam komputer
upin ngan ipin takde dalam komputer
kalau macam tu, kita tengok miki maus la.
miki maus pon takde
makteh, tau main bola?
x~
kakak tau. kite kene baling bola sampai jatuh masuk lubang. lepastu, ade bende tu masuk lubang. jatuh.
?????
meh sini kakak main. kakak reti. tapi kene tekan huruf "s"
(cess) ooo, dalam komputer ni takde game tu.

makteh, nak pen. kakak nak tulis2.
makteh, nak tengok gambar kakak tadi
ala xde pen. amek lagi sekali.
(cess lagi sekali)


myself
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez