11/11/2009

Prof. Datuk Dr. Ir. Nuraini Huda Binti Abdul Kadir


[Aku dah segan nak blogging. Ni semua Kamilah punya pasal. huh]
Aku terfikir sesuatu, apa matlamat hidup aku sebenarnya ni? Apa yang aku nak kejarkan?
Kecik2 dulu, pernah terfikir nak jadi cikgu. Masa tu kerjaya yang aku nampak dan jelas tugasnya, cikgu je la. So aku pun letak la kat biodata, kat slot cita-cita: cikgu.



Bila masuk sekolah menengah, aku terfikir. Nak jadi doktor la. doktor hebat ape. Orang sakit je, jumpa kita. Orang ada masalah kesihatan je, jumpa kita. Bagi panadol sepapan, dapat duit berkepuk2. Tapi bila belajar sains f2, aku kata tak mo jadi doctor. Tak suka menghafal.
Jadi aku decide nak jadi jurutera. Aku nak bahagian elektrik. So aku masuk sekolah teknik. Pulun la belajar. Masa kat teknik jugak aku start aktif sports. Sebelum tu akif gak, tapi tak pernah wakil sekolah la. Mula rasa tak nak belajar. Macam nak bersukan jer. Sampai ke peringkat tinggi2. Jadi atlet la kononnya. Tapi bila fikir2 balik, kalau buatnya tiba2 patah kaki/tangan, nak jadi ape? Adoi.
Jadi aku teruskan usaha nak jadi engineer. Masuk matrik, belajar bersungguh2. Masa tu g sure heboh kat Ipoh, then ade sorang pakcik ni cerita yang anak dia punya kawan ramai kene tendang sebab pointer tak lepas. Aku jadi cuak, terus jadi pelajar paling rajin. Hahahaha~ -kawan2 matrik, abaikan la ye- tapi tetap ada selit2 angan2 nak jadi atlet. Haha. Main ntahape2 ade hati plak.
Masa isi borang UPU, tak tahu nak amek kursus ape. Rupanya elektrik ni banyak cabangnya. Jadi aku pilih semua yang ada perkataan elektrik/elektronik. Maka tersangkut pula kat elektronik perubatan. 1st n 2nd year aku main2. Bila masuk 3rd year baru aku berusaha kejar pointer. Sengales~ dah nama pun elektronik perubatan, kene hafal juga semua dari ujung rambut ke ujung kaki.
Bila dah grad, tatau nak jadi apa. Kat hospital bukan nak ramai sangat engineer. Sorang dua dah cukup cover satu hospital. Nak masuk kilang, pointer tak bagus. Aku dapat tawaran jadi cikgu. Jadi la untuk 2 bulan. Adoi, bosannya. Pagi2 g skolah, tengahari balik lepak2 kat umah. Life ada, kepuasan takde.
Dapat satu iklan scholar ke Jepun. Jumpa my beloved supervisor, pak Eko [cewah~ mesti dia bangge ngan aku] mintak pandangan. Dia bagi satu tajuk yang cukup mencabar [padan muka. Sapa suruh tanya dia]. Kenapa ntah aku sahut cabaran tu. Bidang biotechnology and nanotechnology. Berkaitan dengan human genome. Tak pernah disentuh seumur hidup aku. oleh kerana takde kerja, aku mentelaah, mengulangkaji, wat review, siap satu proposal. Hantar.
Sekarang, aku belajar berkenaan IC design. Takde kaitan ngan proposal master aku. Jadi, aku dalam dilemma. Siapa aku nanti?!! andaikata aku dapat scholar tu, adakah aku akan terus ke Jepun? Tak dapat, sambung je kat UTM dgn proposal yg sama? Atau tukar tajuk yang ada kaitan ngan IC design? atau terus cari dan kerja kat company2 yang berkenaan? Nantikan cerita yang hangat hangit ini tahun depan~!

myself

14 COMMENT on "Prof. Datuk Dr. Ir. Nuraini Huda Binti Abdul Kadir"

MsAnisSyahirah on November 11, 2009 at 10:09 PM said...

gud luck tuk pape yang mendatang ye..

ekopelancongan on November 12, 2009 at 12:50 AM said...

ko baja pasal najis ek..

ngee..

Huda on November 12, 2009 at 6:44 AM said...

#anis: insyaAllah. Amin~

Huda on November 12, 2009 at 6:45 AM said...

#eko: cess untuk ko.

najis katenye.. isk2

--siLEnt_ 5iLh0ueEtte-- on November 12, 2009 at 11:00 AM said...

saye nk jadik otromen. hik hik

Huda on November 12, 2009 at 6:28 PM said...

#silhouette: nanti otromen nak jadi apa pulak? hehehe

Ini ialah Alia Fazlin. on November 12, 2009 at 9:15 PM said...

bestnye.
aku pun.
terawang-awang lagi ape yg aku jadi ni.
da jadi programmer.
menyesal tak sudah.
padahal dari sekolah tu cite2 aku.
haha !
sengal.

pape pun, gud luck tuk ko huda !

Huda on November 12, 2009 at 9:48 PM said...

ekeke.. tak pe Yot! belum terlambat nak berusaha lagik!

neway, tenkiu soo much~

izue on November 13, 2009 at 6:37 PM said...

weyh..ko g jumpe dr eko ke?? rindu kt die..
so ape kes ko ni. ak rase ak pon ala2 cam ko. konfius la. tapi ak lagi knfius kot. klo nk smbg blaja pon xtau nak amek ape. haha. adehh.. konfius memanjang~

Ena BeaRy on November 14, 2009 at 11:42 AM said...

hud...aku rase ko better wat list minat n kelebihan ko..from that mebi ko leh tgk mase depan ko..tp berdasarkan citer ko di atas...aku rase klo wat camtu lg ko celaru...so aku rase..klo dpt scholar..baik g..coz peluang xdtg bergolek n xkan tggu...n mebi xde peluang ke2..so..ko grab n do the best....lg pon aku tau..ko good in evrything coz if u want smthg...u'll put all of ur effort to be the best..kan kan....tu pandangan aku yang serius..ni pandangan aku yang serius..ko pilih je la memane..bukan ade kene mengena ngan aku..unless ko nk bg aku banglo sebijik.hAHAHA

Huda on November 15, 2009 at 9:28 AM said...

#izu: haah, dah lame dah bulan 9 hari tu, 2hari b4 aku jadi cikgu. heheh

aku pon tatau kes ni camne nanti. ko amek la master dalam bisness ker..hehehehe..ko kan kretip~

Huda on November 15, 2009 at 9:40 AM said...

#ena chan, aku rasa kelebihan yang ada pada minat aku semuanya di tahap average.

kalo ditakdirkan scholar tu aku dapat, aku tukar tajuk kot~

kore kara mo ganba!

*aku bagi ko gambar banglo je la eks~ :D

AkuLaNS on November 21, 2009 at 11:01 PM said...

jadi la kita apa...saja asalkn bermanfaat untuk agama bangsa dan negara..

huda on December 14, 2009 at 4:08 PM said...

@akulans yups~ tengs!

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez