10/08/2009

uruskan kemarahan itu


sekurang2nya, dalam sehari mesti timbul satu perasaan yang tak selesa: MARAH. marah ni boleh bagi macam2 kesan dan akibat. antaranya mestilah sakit hati, geram, cenderung untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan untuk melampiaskan perasaan marah, sedih, berduka, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan cepat tua (nak tulis pasal inilah nanti), macam2 lagilah. oke, kita fokus pada cara2 menghilangkan perasaan marah. aku rasa berkesan kut. cubalah.

cara 1:
ambil wudhuk. berzikir, ingat Allah. selawat ke atas Nabi SAW. bukan saja tenang, pahala pun dapat. pernah dengar ini: Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

cara 2:
mula2, berdiri/duduk tegak. kosongkan fikiran, pejam mata dan bayangkan anda berada di puncak dunia (yang baru lepas menang The Contender), dan tarik nafas dalam2 secara perlahan2. lepaskan perlahan2. ulang sebanyak 4 kali.

cara 3:
elakkan bertembung dengan orang yang kita marah /melalui kawasan yang mengingatkan kita tentang kemarahan tu untuk masa terdekat. (kalau dapatla, senang cerita jgn fikir sangat pasal perkara tu)

cara 4:
ketawa. cari bahan yang boleh menyebabkan kita ketawa. atau gelakkan je orang/benda yang buat kita marah tu. "weh, ko dah buat aku marahlah. hahaha. bongek la ko ni"
(macam orang gila la pulak. huhu. tapi secara psikologinya agak berkesan-kut)

cara 5:
sharing is caring. share lah dengan sesape. kalo boleh orang yang kita percaya dan boleh memotivate kan kita. bukan orang yang akan menaikkan lagi darah kita. huhu

cara 6:
bersukan. amek bola futsal, sepak sekuat hati. jangan sepak member. sian dia. amek bola keranjang, hentak board tu kuat2. amek raket tenis/skuash, pukul bola kuat2. takpon, pakai running shoe, jog jauh2. kalo leh sejam 2. haha, semput tak jamin. berenang pun orait gak.

cara 7:
tengok bende2 yang menenangkan. contohnya tengok ikan berenang ke (yang hidup oke) atau tengok laut pun boleh. main2 dengan bayi ker. pinjamlah anak sesape. jangan culik oke.

cara 8:
buat aktiviti harian. sapu sampah ker, kemas bilik ker, memasak ker, cuci pinggan ker, ape2lah. janji aktiviti tu menyihatkan dan memberi kesan yang baik.

cara 9:
merenung/muhasabah diri. kenapa kita rasa marah? ape yang kita dapat kalau kita terus marah? pernah tak buat perkara macm ni kat orang lain? rupanya begini rasanya sakit bila orang marah kat kita. jangan biarkan marah menguasai kita. biar kita yang kawal marah itu. hehe

cara 10:
dengar lagu2 yang membangkitkan semangat. contohnya lagu No Boundaries-Kris Allen, Unwritten-Natasha Benningfield, Standing In the Eyes of the World, I Will Survive, lagu2 bola sepak macam Dare to Dream, alamak lupa dah tajuk2nya. tak kesah lah, janji bukan lagu yang meruntun jiwa dan merayu2 tu sudah lah. hew~

kalau nak tentang marah dari sudut fisiologi, klik kat sini
dah hilang rasa marah? selamat mencuba.
myself

3 COMMENT on "uruskan kemarahan itu"

zuliey said...

perrgh..bgos entry nie..huhu.(:01)

Ini ialah Alia Fazlin. on October 9, 2009 at 10:01 AM said...

hehehe.
seronok seronok.
lepas ni aku tannak marah dah.
tak suke.

Huda on October 9, 2009 at 10:08 AM said...

huhu :04 selamat mengurus~

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez