10/29/2009

tolong aku~


malam tadi dah la tak boleh tidur. konon nak la tidur kat sekolah. tapi tak boleh lelap jugak. nak baca novel, tak dapat nak fokus sebab kepala berat abes ni. sekarang ni aku terjah makmal komputer sekolah sebab dah bosan tahap gaban tak tau nak buat ape. sape yang sama2 tengah bosan ngan aku meh sini aku nak bercerita:

satu hari aku tanya budak kelas aku, form 4, kelas kedudukan ke11, lepas SPM bercita2 nak jadi ape. majoriti dalam kelas tu cakap tak tau. takde cita2. ade 2 orang yang kata nak tolong mak kat kedai, bukak bisnes. ade yang mengaku, "diri sendiri tak pandai, nak ade cita2 pulak." ada yang nak jadi FA. dalam fikiran aku, Failure Analyzer. tapi macam hebat sangat pulak dia boleh terfikir sampai ke situ. aku dengan sopannya bertanya, FA tu ape?  

Flight Attendance.
(aiyak~! tempat untuk cita2 tu dah tinggi. menyediakan teh di ruang angkasa)
ape qualification untuk jadi FA?
-erm..bahasa Inggeris.
bahasa Inggeris awak bagus kah?
-boleh la. lulus.
kalau awak sakit, nak jumpa doktor yang markah lulus ker yang markah 100%?
-mestilah yang 100%
habis tu?
-ala, nanti saya belajar la..

tak tahulah bila 'nanti' tu. aku tak pandai la nak psycho deorang ni suruh belajar baik2. nanti boleh jadi macam aku manusia berguna. aku cuma cakap, bercita-cita tinggilah takut2 nanti awak terjatuh.

kalau awak bercita-cita nak kerja kutip sampah, tak tercapai awak jadi ape?
sampah! erk..

sekian
myself

8 COMMENT on "tolong aku~"

wani on October 29, 2009 at 4:58 PM said...

Durg ni semua ada kelebihan, mungkin durg jer x nmpk, ak percaya, durg leh wt sesuatu yg kita x leh wt. Allah jadikan durg ni mcm pelengkap.Maybe sekolah ko leh wt hr kerjaya.Tp x maulah wt y cm engineer, dr tu semua, BUHSAN, hahhaha. Maybe leh wt, hari saya nk jadi chef, mekanik, petani berjaya, macam2 lah, yg x yah duduk berteleku cm kita ni, masuk U 4 thn semua, mungkin dgn cmtu br durg ada motivasi n minat kot nk wt ape. Tgh durg jejln kt hari kerjaya ko tu, seorg berkata "eh ak suka lah nk jadi mekanik" ayat dr mat rempit .n durg tau lah durg leh msk mara nye pusat latihan tu. mungkin durg xder idea pasal ni semua.hik3--> cadangan jer huda..>_<

Huda on October 29, 2009 at 7:56 PM said...

hehehe.bagus cadangan tu, tapi tak tau lah. esok aku last. skang deorang tgh pekse. hurm

wani on October 29, 2009 at 8:01 PM said...

ko borak2 jer kt pengetua,before ko blah, ada kenangan cikgu huada sekurang2nyer, mungkin ko x sempat gerakkan, tp kan pengetua dai ada, all d best huda!!!..hik3

Huda on October 29, 2009 at 9:17 PM said...

hahaha. aku tak mesra pengetua la wani. huhuhuhu
tak best kan jadi aku

queenlyana on October 29, 2009 at 11:05 PM said...

cikgu eh..?
hihihi dah banyak pulak kenalan blogger cikgu yang saya kenal. Now dah tambah lagi satu..
hihihi

Huda on October 30, 2009 at 1:18 PM said...

wani, aku dah usulkan kat sorang cikgu. harap2 dia buat. ekeke

queenlyana, hari ni last minggu depan profession laen pulak. hehe

faraulah on October 30, 2009 at 1:24 PM said...

hebat arh cikgu Huda...I solute U

Huda on October 30, 2009 at 2:15 PM said...

owh..terima kasih..sangat dihargai~hihiihi

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez