9/07/2009

Mei chan no Shitsuji


yuhooo~ baru je abeskan tgk cerita ni. jgn salah paham ye, bukan Mei chan punya "tahi", tapi Mei chan punya Butler. mula2 aku tengok agak geli la sebab ceritanya macam untuk perempuan gedik. tapi bila dah tgk, hasilnya begini:

1. Mei adalah successor kepada sebuah keluarga yang sangat kaya. dia tahu selepas kematian kedua ibu bapanya, selepas kedatangan butlernya untuk membawanya ke sekolah bernama St Lucia. kat sekolah tu, setiap perempuan akan mendapat seorang butler, supaya mereka menjadi wanita terbaikla. setiap pergerakan perempuan2 itu, butler mereka mesti ada disisi setiap masa.

2. Lucia (Shiori) adalah anak angkat keluarga kaya tersebut sejak kecil. sejak Mei masuk sekolah tu, dia akan buat apa saja supaya Mei akan keluar dari sekolah tu. sebab? mestilah nak jadi successor utk keluarga kaya tu.

3. Rihito adalah seorang Butler yang ensem, S-rank butler, hebat, mantap, semuanya dia lah yang menjadi rebutan gadis2 kat sekolah tu esp Lucia-sama. tapi, Rihito prefer lagi untuk serve Mei daripada lucia yang bongkak tu.

macam2 la cerita dalam ni sampai semua orang tahu yang segala tragedi kat sekolah tu, Lucia dalangnye. apepon, ade pengajaran yang aku nak share kat sini:

1. apa yang kita nampak bukanlah untuk apa yang kita dengar.

contoh: dua orang sedang berbual tanpa menyedari kehadiran kita. sedang kita tengok, datang si C berkata: lihat, mereka memerlukan antara satu sama lain. sejak kehadiran ko, si A telah jatuh sakit bukan fizikal, tetapi mentailiti manakala si B pula terpaksa bersama kamu.
padahal, itu adalah perkara yang dirancang si A. jahat tol.

2. berusaha sehingga keakhirnya

dalam cerita ni, semuanya pasal usaha membawa kejayaan. tak kira lah susah mana pon bende tu, kalau kita buat bersungguh2, kejayaan tu adalah perkara yang tak mustahil untuk dikecapi. kerjasama pon sangat penting meh~

3. jangan menyimpan dendam

kat sekolah tu, Mei selalu kene 'stab back' oleh classmate dia. tapi walaupon dia tahu siapa yang buat semua tu mesti dia maafkan orang2 tu. walaupun sejahat2 seseorang kat kita, dia still manusia yang banyak buat kesilapan kan. kita pon tak terkecuali~

last but not least:

MIZUSHIMA HIRO SANGAT ENSEM~ eeewww~
"I will be your sword to fight and your shield to protect"

dung! (Huda sudah pengsan)
myself

0 COMMENT on "Mei chan no Shitsuji"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez