9/16/2009

kenangan dulu~


bila nak raya ni teringat mase zaman kanak2, yang mana setiap kali raya, aku mesti kene g hospital. kenape eks? ini ape yang aku ingat la~

darjah 5:
mase tu, kat sekolah agama. selalunye, ade orang jemput aku. erm, camne nak cerita ek? oke, kalo nak g sekolah, mak aku hantar aku n sorang budak laki ni (jiran-afiq), bila balik mak/ayah dia pulak jemput. mak/ayah dia selalu amek kitorang lambat. then, ade la 4 orang budak perempuan yang parents dia tak jemput lagi. so, kitorang pon main la permainan "tiang". mainan tu dimainka oleh 5 orang, sorang duduk kat tengah, lagi 4 pegang tiang (tiang ade 4 jer, berbentuk segi4) . peraturannye, orang tengah tu kene rebut tiang, orang yang pegang tiang tu plak kene bertukar2 tiang sesame mereka. nak jadikan cerita, satu petang, greedy nak rebut tiang, aku terlajak. jari kelengkeng aku dapat touch tiang secara kasar sekali. seronok pny pasal, kitorang still main sampailah salah sorang terpaksa balik. bila balik tu, nak bukak pintu kereta, tak boleh. sakit sgt. sampai umah, tunjuk kat ayah. mase tu dah kol 6ptg. ayah suruh gerak2kan jari, tak boleh. aya suh g tukar baju, nak g spital. tapi mase tu ade cerita menarik kat tv. aku tgk dgn leka, last2 g spital naik moto ngan baju skolah. mase tu g HBKL. dr x-ray : retak. hoho. bila raya, semua orang ingat aku main mercun. ye a, tangan berbalut. makcik aku cakap: nasib baik tak hantuk kepala kan?. huh!

darjah 6:
mase tu, bulan puasa tym cuti sekolah raseye. jadi, aku ni kalo cuti sekolah tak pernah nye nak duk umah semate. kebetulan, mase tu roller blade tgh nak pemes. tambah plak jiran sebelah umah ade kasut lebih, dia bagi la aku pinjam. tengah2 hari buta aku main. seronok2 main, mase kat bumper kot, kaki kanan aku terpeleot. maka hari raya kau tempang la wahai Huda.

form 1:
aku ni kuat makan. tgk body pon tau. bila raya, mesti lah menziarahi semua jiran + sanak sedare. kat kg ayah aku tu, jiran2nye bukan orang lain. sedara2 atok aku jugak. satu malam aku rase nak demam. perut mual. family aku g jalan beraya, aku sorang tido kat bilik. pening sangat. pastu, kat luar rumah atok aku tu, parit. aku yang mual terus g muntah2 kat situ. senang kan? tak payah nak cuci balik. hehe. esoknye, g spital. teringat lak kat mamat india eksiden moto langgar lembu. huhu. the main point lepas kejadian itu, aku dah tak berapa makan kuih raye sampai sekarang~ paham2 je la ye. hehe

form 2:
satu malam, aku melombong telinga. dapat pulak adik yang baru nak kenal dunia. mase tu baru je darjah 2. dia tgk macam seronok jer. aku tak bagi la. nak wat ape. sendiri buat pon boleh kan. merengek2 nak tolong. aku pon sengal, bagi la. ntah macam mane, dia tercucuk telinga aku. sakit woooo. op kos la berdarah. huhu. g spital, dr bagi ubat. pedih gile babeng ubat tu!

tahun 4 UTM:
huhu.. aku kene sakit yang paling dahsyat la seumur hidup aku. tak pernah2 hospitalized. mase ni raye ke3 ke ke4 ntah. aku kene denggi. rasenye kene gigit kat UTM. sebab mase tu ponteng kelas pengurusan (padan muka), wat asemen apentah ramai2 kat bilik aku. tetiba kene gigit nyamuk (pelik sbb tengahari buta ade aedes ker?) terus bengkak mengalakan duit 50sen, pedih dan sangat gatal. seminggu lepas tu, raya. mase tu kat kampung, tetibe rase pening sangat. tido, tak larat nak bangun. otw balik kl, singgah la umah sedare2. sepanjang jalan dok dalam kete jer. singgah umah sedare pon tak kuar kete. tido.sampai umah dalam kol 10pm, tak dapat tido. meracau jer mane nak lena. ayah aku letih drive sepanjang hari. kol 11 mak aku bawak g spital selayang. kol 12 lebih2 baru dapat jpe dr. dr sorang je mase tu, orang ramai pulak. dr kate takde ape2. kene enjet kat pungkok sbb sakit pinggang. xray, xde ape2. tapi apesal sakit? esoknye pon tak elok. lusa, aku muntah, terus rase tak pening. mak aku cakap, itu tande denggi. pusrawi, kene tahan wad. mase tu platelet start turun. huhu. seminggu yang bosan dalam wad.

tu je la yang aku ingat. yang lain2 tu dah terlupa. tu la banyak sangat dosa, Tuhan nak tunjuk. huhu. untuk raya kali ini, harap2 tak de ape2.

sekian,
myself

0 COMMENT on "kenangan dulu~"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez