8/23/2009

takde wang~


baru je balik dari BookFest @ Malaysia 2009 kat KL Convention Centre. rambang mate la plak. semua buku ade diskaun. da la sengkek + gaji bulan lepas tak dapat lagi. huh. so jalan2 je la dalam tu. seb bek datang pagi, tak de la ramai sangat orang. mula2 mesti la g kat novel2 melayu. tapi tak suke la care deorang organize buku. deorang tak susun buku tu ikut author. so aku sebagai pembaca kipas susah mati Ramlee Awang Murshid (RAM) terpaksa la juling2kan mata, cari 1 by 1. tapi masih di pihak yang malang sebab buku yang aku nak takde la. Pei Pan n Igauan Maut. ingatkan kalo g kat festival besar2 tu, jumpa la kot. bila mintak list novel, takde jugak. apakan daya. cari komik plak. same as well. komik Zint berterabur. semua tu aku dah bace. isk. details tentang festival ni ade kat sini. hehe

then, patah balik kat bahagian teen novel. alamak, baru teringat plak next series of The Hunger Games, Catching Fire will be launched at 1 Sept. aiseyh. hampa lagi. huhuhuhu. jalan2 la kat situ. tak sanggup nak tengok satu persatu. tahan nafsu. dem.

pastu, sampai la kat satu bahagian: dvd Japanese huwa. nak nangis aku. semuanye ade diskaun. usha2 jugak. tak kire. ternampak lak satu dvd lakonan Mizushima Hiro. letak2 jgn usha lame2. then, nak tahan nafsu punye pasal, explore la tempat laen. ade booth China, Hong Kong, Taiwan, stationary la semua la. tapi, hatiku di Harajuku. eh bukan. tu tajuk cerita novel RAM. terbayang2 dvd tadi diambil orang. aaah tak leh jadi. inilah hasilnye:

off topic: semua ni Ena punya pasal. huhuhu. salahkan Ena jugak. bukannye tau pon cerita ni best ke tak. tapi sebab ade Mizushima Hiro. bongek kan. nak beli The Game Show 2/Mr Brain/Smile, tapi takde free macam ni. haha senget. Majo Saiban tak nampak lak. ha, Mizushima Hiro ni ade berlakon dalam Mask Rider Kabuto. ingat nak pinjam kat Ekin a.ka kinkin kaloi, tapi dia dah bawak balik umah plak. lagi satu aku ade tgk dia berlakon cerita Zettai Kareshi (Absolute Boyfriend). comel. hihihi. *blush* yang Takeru Sato tu pulak salah sorang pelakon dalam cerita Bloody Monday. kire bestfren Takagi Fujimaru dalam cerita tu. watak Takeru Sato dalam Bloody Monday tu sadis la sebab last2 tu dia difitnah oleh bestfren sendiri. apepon, dia tetap berkawan n tolong Fujimaru sampai abes. hebat kan.

on topic. hehe. tu je la. ingat nak stay lame2 tapi cam pening plak sebab orang makin ramai. rase nak ajak ayah g cni lah. hewhewhew~

myself

0 COMMENT on "takde wang~"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez