8/18/2009

kiyou no story (perpaduan bahasa. hoho)


hidup ini kan bererti
jika lebih dihargai
GSC-Hidup ini

Hari ni Alhamdulillah, aku mulakan dengan solat Subuh. lepas tu minum air masak, minum susu, mandi, basuh baju, dan pergi dapur nampak makanan terus makan, kemas umah. hampa sebab sejak akhir2 ni astro buat tayangan ini : Services currently is not available.

pukul 11 g hospital selayang. bukan sakit, tapi mau menderma darah yang banyak dalam badan ni. yelah, rasenye ramai lagi orang perlukan darah. selain tu, aku pon dapat tingkatkan tahap kesihatan tubuh badan aku sendiri kan~ oh ya, b4 derma mesti timbang berat badan. TURUN 2kilo woo. sekilo seminggu woo. tak sangke walaupon keje aku makan dan tido dan duduk di hadapan komputer boleh jadi begini. wahwah. aku rase mesti sbb hari2 tgk cerita The Biggest Loser. penat tgk deorang training tau. tak kesah la walaupon figure aku tak menurun, tapi angka tu amat penting. lalalalala..[dari umah, mase sampai satu simpang kat tepi padang (umah aku mngadap padang), ade sekor anak biawak tengah melintas ke arah padang. aku pon bajet2 a harap2 tak langgar. lepas je dari biawak tu, usha cermin pandang belakang, HILANG. ayok. mungkin bewak tu sangat tangkas kut. abaikan.]

then g cari kedai xerox, photocopy semua sijil + transkrip. biase lah jobseeker cam aku ni kalau takde bahan bukti keaktifan aku kat U dulu, mesti lagi susah nak dapat kerja. sambil2 tu, borak ngan auntie cina yang keje kat situ. mula-mula dia tanya, nak g interview ker? tak lah, tgh cari kerja. baru konvo hari Ahad lepas. Ooo macam tu. apentah lagi dia cakap, semua tak masuk otak aku. tapi aku sangat terharu bila dia kate: banyakkan berdoa pada God. kita tak tahu bila rezeki kita akan sampai. kita kan hanya berusaha la. betul la cakap dia. terus fikiran aku melayang ntah memane. pastu macam2 la dia bercerita sampai la dia cakap cam ni: anak I ade sorang kerja kat tempat haiwan. I cakap sama dia, U ni dah serupa macam haiwan. (hah? biar betol? aku dah bayangkan bukan2 ni!) aku senyap dan takut dia paham ekspressi muke aku ni. dan yang penting aku tak fokus ape lagi yang dia cerita sbb still imagining. iya, jangan fikir haiwan tu takde perasaan. kalau kita marah dia, dia paham tau. haiwan tu sama macam kita. kena belai selalu ooo. I ada bela kucing kat rumah. hari-hari mau kena belai. cerita la pasal kucing dia. rupanya nak cakap yang anak dia yang keje kat veterinar tu manje kot (aku rase la). tapi aku banyak senyap. fikiran aku ntah kemane lah. mugkin efek derma darah tu kot? ye ke..ntah la.yang penting esok aku kene jumpa dia kembali sebab satu sijil aku is missing! wargh!

balik umah, ibu suh g beli barang dapur n masukkan duit kat bank. so solat zohor dulu la baru g. g bank dulu, pastu g giant duplicate kunci umah, beli beras n buah epal. owh pelik la. beras cap giant lagi mahal dari beras jasmine super 5. kenape eks? lupa nak tny orang giant td. biarla. okeyh balik umah, of course la lalu tepi padang tadi. dan terserempak lagi ngan anak bewak yang ingin melintas jalan ke arah padang, kat lorong yang same. haih~bewak ni macam tau2 je aku nak balik umah. perkara same terjadi, lepas dari bewak tu, HILANG. hohoho. lawak la biawak ni. nak melintas tym ade kete lalu. isk2 naseb bek ko bewak.

setel. sampai umah g dapur. ade sayur goreng, ayam masak kicap, ikan masak apentah + terung. pergh. makan nasik tapi lauk sayur ngan kepak ayam 2 ketul sambil tgk cerita She Spies. sanggup biar tangan kering semate2 nak tunggu iklan. takpe, leh jilat. huhu. pastu sambung tgk CSI. terlelap.

alamak ade orang call. wei, baru bangun tido ker? cepat la datang. takde player ni. aiseh, baru teringat petang ni ade lawan futsal kat UM. so bangun, tukar baju, zupp pergi UM. tak solat Asar lagi ni. huhu. kak Naemah kate harap2 umur ko panjang lagi la. takot. mule2 main keeper. then tukar maen striker. haha hancus! terus naik angka gol pihak lawan. LOL! tak kesah la just have fun. tak yah nak over2 main. semua orang dapat hadiah n jgn riso. (padahal dalam hati greedy nak main betol2..huhu) at least deorang ade semangat nak maen. akhirnya, kasut futsal ku keluar juga dari kotak!

cepat2 g lab. Asar tak perform lagi. nasib baik baru 6.30, kalo langit dah merah, bertambah dosa aku. sob sob. solat, g lab belakang kaco k Eisha. ape lagi memekak la kat situ. bengang dia. haha. dun care~ mase tu dah la ujan lebat, ditambah ngan nyanyian sumbang aku, hujan turun lebat dan berhenti at last. bukan sebab suara aku, sebab Sunnatullah. hehe. nak balik, spek tak bawak! bagus Huda, bagus! eh, ade seprise atas meja. lalalala

terkedek2 bawak kete. fokus jgn tak fokus. dah la ujan lebat. aku ni alah pada cahaya. poyo -> silau. Di Taman Samudera terdapat 2 biji pokok tumbang di 2 tempat yang berlainan. pemandu silau itu berkata, mungkin kejadian ini berlaku setengah jam sehingga sejam sebelum dia sampai di tempat kejadian iaitu jam 8 malam. diharapkan anda semua berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

yes. home sweet home. mandi peh sejuk sangat tapi estimet adelah setengah jam dalam toilet. ape yang aku buat tah. parents aku tak balik dari surau lagi. ada ceramah ke kenduri ker. tak tau la. solat Isyak. tgk CSI. tulis blog. sekian.

2 COMMENT on "kiyou no story (perpaduan bahasa. hoho)"

Chentakasorga on August 18, 2009 at 11:30 PM said...

peh peminat csi tu..hahahhaa congrate kat ko lah huda..dh konvo....followlah aku wekkkk....

McGyver on August 19, 2009 at 1:47 PM said...

hehe..tankiu2..bukan csi je.semua aku minat. LOL! yela2

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez