8/21/2009

A friend





Ni salah sorang kawan baik aku, Nad namenye. kitorang start kawan sejak form 4. mase tu dia join kelas kitorang lambat sket. tak tau nape. tak penah tanye plak. hehe. dia ade pengaruh dua perkara kat aku: coklat dan novel. sebab dia, sampai sekarang aku suka makan coklat dan sampai sekarang aku dok kumpul novel Ramlee Awang Murshid. tapi dia lebih suke bace love story. mase tu aku tak layan sangat minah ni. tapi lepas dia perkenalkan aku Mandatori, terus aku jatuh cinta. haha. tapi makcik ni kalau bace novel dalam kelas, sekolah meletop pon dia takkan sedar.

macam-macam kenangan kitorang kat sekolah dulu. paling aku ingat, mase kelas sejarah. Nad tny aku, camne ngan kek batik yang aku try wat tuh? aku pon dengan bangge cakap la, "sedap. tapi ade rase jagung sket." haha, terburai la ketawa kitorang. bongek kan. tak sedar cikgu sejarah tu macam singa. lagi2 kalo nampak kitorang tergelak. mmg macam singa kelaparan la dia tuh. [flashback: Nad ade ajar aku care nak wat kek batik. aku ni perasan engineer, konon nak ubah sket resipi la kan. aku tambah nestum jagung 3 in 1 kat dalam resepi. maka, kek batik aku ade semua rase; coklat, jagung n biskut meri.] kitorang kene denda berdiri kot. kene marah sambil tak sedar diri aku bisik la kat dia yang aku tambah nestum tu. sambil berdiri tu la yang gelak2 jugak. senget la kitorang ni. isk, tak sanggup nak cerita panjang sebab nanti jadi sesi kutuk cikgu sejarah. malas nak cite pasal dia. huh. rindu plak kat ko Nad. dia selalu sibuk sebab dia askar. tak sabar nak tunggu ko tunang. leh jumpa kan. huhuhu

0 COMMENT on "A friend"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez